Menjadi impian ramai wanita untuk ‘nampak muda’ tatkala umur semakin tua. Tapi, semua tu perlukan komitmen dari pelbagai aspek contohnya penjagaan kulit muka, gaya hidup yang sihat dan pemakanan seimbang.
Seorang wanita mendapat perhatian ramai netizen di Indonesia kerana wajah awet muda yang membuatkannya kelihatan persis gadis remaja. Kalau korang nak tahu, wanita bernama Puspa Dewi itu hampir mencecah umur warga emas dan sudah memiliki cucu!
https://www.instagram.com/p/CFdhOcejdZt/
https://www.instagram.com/p/CH-WpxShxyO/
https://www.instagram.com/p/CFoGpc-DAiG/
Puspa Dewi, 53, mendapat pujian ramai setiap kali dia bergambar dengan anak-anaknya dan cucu. Malah kerana kulit wajahnya yang tegang dan pinggang langsing itu, ada yang menyangka dia adalah teman wanita kepada anak lelakinya itu.
Melalui Instagram, Puspa sering berkongsi foto-fotonya terutamanya ketika bersenam serta perbandingan gambar sekarang dengan gambar beberapa tahun lepas. Kalau tak tahu umur dia menjengah 53 tahun, korang akan sangka Puspa ni pelajar sekolah menengah!
https://www.instagram.com/p/CIDngONh2GM/
https://www.instagram.com/p/CILST0XBaWW/
https://www.instagram.com/p/CHxd2hMhBGA/
Selain menjaga kulit wajah dan penampilannya, Puspa juga dilihat turut aktif bersenam dan menjaga kesihatan dalaman. Hampir setiap pagi Puspa akan luangkan masanya untuk aktiviti sihat seperti joging dan dia sendiri gemar berkongsi aktiviti tersebut dengan followers di Instagram.
Dia juga sering memuat naik gambar aktiviti yang dilakukan bersama suaminya, Andreas Hadi, 56, anak-anak, menantu dan satu-satunya cucu mereka itu. Sebelum Covid-19 ini, keluarga mereka memang suka melancong dan kini Puspa selalu kongsikan gambar-gambar throwback percutian mereka di luar negara.
https://www.instagram.com/p/CHJs1xshCF1/
https://www.instagram.com/p/CGbS3leDexw/
Gambar perbandingan yang menunjukkan Puspa pada tahun 2020 dan foto ketika usianya 35 tahun pada 2002 paling mendapat perhatian ramai di media sosial. Kebanyakan netizen memuji kecantikan Puspa dan gaya hidup aktif yang diamalkannya. Rata-ratanya turut terpesona dengan wajah awet muda Puspa dan berkata mukanya ‘tak makan usia’.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang berpendapat meskipun memang dia nampak lebih muda dari usianya namun gambar Puspa itu ketika usianya 53 tahun itu sedikit sebanyak telah disunting terlebih dahulu.
https://www.instagram.com/p/CF0tuygjlfi/
Wow admin tak sampai 30 tahun pun nampak lagi tua hahaha!
Baca: Ramai Terpegun Tengok Body Slim & Rambut Hitam Lebat Wanita Usia 71 Tahun Ini