Memang hero sejati, kebiasaanya kalau ada orang pernah dicakar kucing dengan teruk, mereka akan trauma dan fobia untuk mendekati haiwan tersebut, tetapi lain pula bagi adik Adam Harith yang berumur 9 tahun ini.
Walaupun mukanya teruk dicakar, tetapi dia tak serik untuk menyayangi kucing. Teruk sampai bengkak muka dia.
Pantang nampak kucing, nak peluk dan nak cium
Kisahnya kelmarin, 10 Januari lepas, ibunya Norkamaliah binti Bordin atau lebih dikenali sebagai Achik Lieya ada buat satu perkongsian di Facebook yang Adam Harith ni dicakar oleh kucing liar.
Adik Adam pada waktu itu ternampak kucing liar, dia peluk dan cium sebelum ‘diserang’ oleh kucing tersebut.
Dia dicakar dibahagian muka dan kepala. Bagaimanapun, adik Adam telah dirawat.
“Doktor cakap tak boleh jahit sebab takut nanti ada jangkitan kuman. Cuma Adam kena pergi cuci luka hari-hati kat klinik kesihatan”. Kata Norkamaliah ketika dihubungi Team Lobak Merah.
Teruk juga tu kena, hampir semua bahagian muka terluka. Walaubagaimanapun, ia tidak membantutkan rasa sayang adik Adam yang tinggal di Nibong Tebal, Pulau Pinang ini terhadap kucing.
Tak serik pun.. Ibu ingatkan adam dah fobia tengok kucing..”
Lebih terharu lagi, Norkamaliah berkata adik Adam pesan dekat ayahnya untuk tidak apa-apa kan kucing tersebut.
https://www.facebook.com/achik.lieya/posts/10208537606995338
Kata Norkamaliah lagi, adik Adam ni memang penggemar kucing, mereka ada membelanya 3 ekor di rumah dan dibela sejak dari kecil.
Malah, ibunya juga menceritakan kepada kami bahawa adik Adam ini pantang nampak kucing.
Mana-mana dia jumpa mesti dia nak pegang atau peluk.”
Dapat dilihat bahawa adik Adam memang membela dan menjaga kucing peliharaannya dengan elok sampaikan semalam sebelum nak pergi cuci luka pun, dia tak lupa nak bagi kucing makan.
Sempat lagi…”
https://www.facebook.com/achik.lieya/posts/10208540894917534
Luka beransur pulih
https://www.facebook.com/achik.lieya/posts/10208541318488123
https://www.facebook.com/achik.lieya/posts/10208544071556948
Ko memang power dik – Netizen
Perkongsian yang meraih lebih daripada 3,000 shares di Facebook ini telah mendapat perhatian warganet di Twitter sehingga meraih 6.5 jumlah retweets.
Ramai yang terharu apabila melihat sikap mulia adik Adam dan mendoakan agar adik Adam sekeluarga dilimpahi rezeki.
Mostly orang yang pernah kena cakar dengan kucing walaupun sikit ni akan fobia sampai besar tapi adik Adam penuh satu muka masih sayang kat kucing. Salute adik Adam dan inilah betul dikatakan true cat lover.
Baca : “Merungut berak di hadapan rumahnya” -Alasan Wanita 51 Tahun Rembat Kucing Bunting Sampai Mati