Baru-baru ini, Public Health Malaysia (PHM) meraih perhatian ramai apabila menyatakan lagu yang menjadi siulan ramai ketika ini iaitu ‘APT’ nyanyian Rosé dan Bruno Mars mempunyai lirik yang tidak baik dan bertentangan dengan nilai budaya Timur.
Memandangkan Rosé merupakan artis yang dikenali ramai dalam dunia K-Pop, perkara itu turut mendapat perhatian daripada portal hiburan Korea Selatan.
Pun begitu, portal Korea Selatan terbabit telah tersilap menyatakaan PHM sebagai sebuah badan kerajaan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Artikel berkaitan: “Hafal lirik tanpa sedar mesej” – PHM Kongsi Maksud Tak Senonoh Dalam Lirik Lagu APT
Kenyataan itu ditulis dalam artikel mereka yang bertajuk, ‘Malaysian Goverment Slams BLACKPINK Rosé’s ‘APT’. And Warns Parents’.
Dalam artikel tersebut, dilaporkan bahawa pihak KKM meluahkan kebimbangan mengenai lagu tersebut yang dianggap memudaratkan kepada pendengar golongan muda.
Lantaran itu, KKM menerima kecaman dan kritikan pengguna media sosial antarabangsa kerana dianggap ‘menyibuk’ mengulas mengenai lirik lagu tersebut.
KKM tampil bidas dakwaan
KKM dalam satu hantaran hari ini menegaskan bahawa mereka tidak mengulas mengenai lagu terbabit dan menjelaskan entiti PHM tiada kaitan dengan mereka.
“KKM ingin menjelaskan bahawa sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM sebelum ini, tidak dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.
“Sehubungan itu, kami ingin menekankan bahawa hantaran itu dibuat oleh sebuah entiti yang tidak mempunyai kaitan dengan Kementerian dalam apa jua bentuk sekalipun.
“Sila berhati-hati dengan maklumat yang tidak sahih dalam talian, kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan dan salah faham kepada orang awam,” tulisnya.
The Ministry of Health (MOH) Malaysia wishes to clarify that any statements regarding this article attributed to MOH have not been issued or authorized by the Government of Malaysia.
In this regard, we would like to highlight that the posting was made by an entity which is not… https://t.co/dQ6asSLC8j
— KKMalaysia???❤️ (@KKMPutrajaya) October 29, 2024
Untuk info, APT menjadi fenomena di peringkat antarabangsa apabila menduduki tangga teratas dalam carta 50 Global Spotify, menjadikan Rosé penyanyi solo wanita Korea Selatan pertama yang mendominasi carta tersebut setakat ini.
Sumber: X