in

KKM Sahkan ‘Parti Songsang’ Di Kelantan Sebenarnya Program Kesedaran HIV

syaz ft 2025 07 22T164354.303

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan program yang diserbu polis Kelantan bulan lalu, disyaki parti gay sebenarnya program kesedaran kesihatan berkaitan HIV.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi laman X miliknya, menjelaskan berkenaan perkara itu selepas seorang individu memintanya untuk mempertahankan program tersebut.


Dalam maklum balasnya, Dr Dzulkefly berkongsi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin semalam berhubung program itu.

Artikel berkaitan: Polis Kelantan Serbu Parti ‘Songsang’ Dihadiri Hampir 100 Lelaki, Ratusan K*ndom & Ubat HIV Dirampas

Artikel berkaitan: 44% Penghidap HIV Dari Kalangan Pelajar Universiti

“Sebagai NGO kesihatan, SAHABAT merupakan rakan strategik penting kepada JKN Kelantan, dalam melaksanakan program pendidikan kesihatan dan aktiviti jangkauan yang menyasarkan populasi berisiko tinggi, termasuk pengguna dadah intravena dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki (MSM).

Usaha ini memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran mengenai jangkitan HIV, jangkitan seksual (STI), & Hepatitis C,” tulisnya dalam hantaran itu.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa pendidikan kesihatan amat penting untuk melindungi kontak rapat seperti isteri dan anak-anak yang mungkin berisiko dijangkiti HIV.

Sebelum ini, pada 17 Jun lalu, polis dilaporkan menyerbu program berkenaan pada jam 1 pagi, dan merampas ubat HIV serta kondom.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Yusoff Mamat dilaporkan berkata, operasi itu dijalankan susulan maklumat awam dan risikan oleh pasukan khas selepas menerima aduan mengenai satu acara bertemakan makanan yang didakwa dianjurkan untuk komuniti gay.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.