Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini membuka permohonan secara dalam talian kepada mana-mana pegawai yang mahu menyertai pasukan perubatan Malaysia ke Gaza.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata permohonan itu adalah secara sukarelawan, mereka yang terpilih akan didedahkan dengan latihan serta persediaan yang bersesuaian.
Artikel Berkaitan : “Keadaan teruk luar biasa” – Nurul Ain Sebak Kongsi Kisah Di Gaza, Syukur Selamat Tiba Di Malaysia
Artikel Berkaitan : Puluhan Ribu Penduduk Palestin Terpaksa Ke Gaza Selatan Untuk Selamatkan Diri
“Dari sudut pasukan, insya-Allah kita bersedia dan akan melatih mereka. Latihan itu dari sudut fizikal, mental dan emosi kerana apabila berdepan dengan peperangan ini ia satu perkara yang sangat menekan.”
Isnin lalu, KKM dilapor ada mengatakan bahawa pihak mereka sudah bersedia dan kenal pasti pasukan perubatan yang boleh dihantar ke Semenanjung Gaza sebaik sahaja diberikan kebenaran.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lepas yang telah mengakibatkan kehilangan belasan ribu nyawa.
Sumber : Astro Awani