Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bakal jadi orang pertama yang akan terima vaksin Covid-19 apabila program vaksin negara dilaksanakan hujung bulan ini.
Perkara ini turut disahkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan orang yang melaraskan Program Imunisasi Covid-19 Negara, lapor FMT.
Ya, saya boleh sahkan yang perdana menteri akan jadi orang pertama menerima vaksin Pfizer untuk yakinkan rakyat yang vaksin ini selamat.”
Pada 4 Februari lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata yang program imunisasi ini akan bermula pada hujung bulan ini dan seramai 80% atau 26.5 juta orang akan menerima vaksin tersebut.
Vaksin Covid-19 ini nanti akan dijalankan mengikut tiga peringkat dan ianya percuma untuk semua orang.
Fasa pertama, dari Februari hingga April adalah untuk 500,000 petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung untuk melawan Covid-19. Fasa kedua adalah untuk kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, atau mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, obesiti, diabetes dan penyakit darah tinggi beserta orang kurang upaya.
Manakala selebihnya, dari Mei hingga Februari tahun depan, adalah untuk orang yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Malah, rakyat asing yang duduk di negara ini juga turut layak menerima vaksin Covid-19 ini secara percuma.
Cabinet has decided that foreign citizens residing in Malaysia will receive COVID-19 vaccines free under the National Immunisation Programme. This will include diplomats, expatriates, students, foreign spouses & children, foreign workers & UNHCR card holders. pic.twitter.com/jWiZb3nIQ4
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) February 11, 2021
Khairy juga turut menyentuh tentang aduan orang ramai yang merasakan Malaysia agak terlambat dalam penerimaan vaksin bila menyaksikan negara-negara jiran dah pun mula memberikan vaksin sejak beberapa bulan lalu.
Kita tak adalah lambat sangat, macam Australia, Korea Selatan dan Jepun yang masih mengkaji vaksin. Saya lebih memilih untuk mempercepatkan proses pembelian dan penghantaran dan menurut perjanjian, kita akan terima vaksin Februari ini.”
Khairy mengatakan Indonesia menerima vaksin Sinovac awal kerana negara itu merupakan tempat untuk menguji vaksin manakala Singapura pula kerana pelaburan mereka dengan Pfizer-BioNTech, sebab itu negara-negara ini diberikan keutamaan.