in

KJ Cedera, Langgar Lubang Ketika Berbasikal

Untitled Collage 100

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilapor cedera selepas terlanggar lubang ketika sedang berbasikal hingga menyebabkannya terjatuh ke dalam parit.

Beliau memaklumkan mengenai kejadian yang menimpanya menerusi perkongsian ringkas di IG Story.


Capturee

Memetik laporan Harian Metro, Khairy bagaimanapun hanya mengalami kecederaan kecil seperti dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Raja Syahrir Raja Abu Bakar di Twitter.

Ahli Parlimen Rembau itu turut memuat naik gambar lubang dan parit terbabit namun tidak menyatakan di mana lokasi kejadian berlaku.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial, dengan rata-ratanya mendoakan supaya Khairy cepat sembuh.

 

Baca: “Aduan dibuat tapi langsung xde respon” – Lelaki Pacak Batu Nisan Dalam Jalan Berlubang, 12 Jam Lepas Itu…

Xx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.