in

“Kitaorang acc*dent ni, mak tak sedar” – Individu Terkilan Letak Telefon ‘Silent Mode’ Sebelum Tidur

ft silent phone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun kejadian ini telah berlalu 4 tahun lalu, rasa terkilan masih lagi menyelubungi perasaan individu ini, peristiwa pilu yang terjadi kepadanya ini mungkin boleh dijadikan iktibar kepada ini untuk jangan letak kan telefon kita dalam silent mode.

Memori pilu ini terjadi kepada rakan wanita yang dikenali sebagai Tinie Hamzah ini apabila dia kehilangan ahli keluarga dalam sekelip mata kerana terlibat dalam satu kemalangan.


Artikel berkaitan : Kes Kemalangan Motor Bergesel Sesama Sendiri: Suasana Pilu Di Hospital Rembau, Ada Ahli Keluarga Terpaksa Dipapah

Artikel berkaitan : “Kes paling sayu & tragis” – Ahli Bomba Kongsi Detik Pilu Ketika Angkat Jasad Korban 6 Beranak Di Sungai Korok

 

Ibu meninggal dunia akibat kemalangan

Katanya kebiasaannya rakannya ini hanya mematikan data sahaja sebelum tidur, namun, pada hari kejadian, dia terlintas untuk melakukan silent mode kerana tidak mahu tidurnya diganggu.

Bagaimanapun, pada subuh keesokannya, dia mencapai telefon untuk melihat waktu tetapi terkejut apabila melihat banyak notifikasi panggilan dan mesej dari daripada keluarga dan saudara maranya.

Dimaklumkan bahawa ibu dan adik beraniknya terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan untuk pulang ke kampung.

Menurut Tinie, kemalangan tersebut berlaku pada jam 11 malam saat rakannya itu lena tidur, apa yang lebih terkilan lagi, ahli keluarganya berkali-kali cuba hubunginya selepas kejadian itu.

“Kak Long, angkat la call. Kitaorang accident ni. Jalan gelap. Mak tak sedar. Angah taktau nak buat apa dah ni. Takde orang datang tolong pun.”

Screenshot 2025 08 25 132954

Sehingga kini, Tinie menyatakan rakannya itu rasa terkilan kerana rakannya ada membuat panggilan video dengan ibunya sebelum kemalangan, tanpa diduga ia adalah kali terakhir dia mendengar suara ibunyanya.

Pun begitu, Tinie menjelaskan ia bukan lah salah rakannya itu, hanya sekali itu sahaja rakannya tersilap kerana selama ini dia tidak pernah meletakkan mod senyap sebelum tidur. Baginya apa yang terjadi ini adalah asbab ‘kun fayakun’ yang membawa maksud, apabila Allah kata ia terjadi, maka terjadilah ia.

Sumber : Thread

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.