Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa lebih-lebih lagi masa musim hujan sekarang ni, banyak jalan yang licin.
Baru-baru ini, seorang penumpang kereta Axia maut selepas kereta yang dinaikinya itu terbabas di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, lapor Utusan.
Bagaimanapun, satu video yang telah dimuatnaik oleh @majoritiofficial mengenai kemalangan ini telah mendapat perhatian ramai apabila seorang lelaki dilihat sedang memarahi petugas kesihatan yang tiba di tempat kejadian.
Dalam video tersebut, lelaki yang memarahi pegawai kesihatan tersebut mengatakan bahawa mereka telah menunggu bantuan untuk tiba di tempat kejadian selama satu jam lebih.
Itulah, tengok kita panggil sudah berapa lama, kita tunggu nak dekat satu jam lebih, bang. Jangan kira bang, bangsa ke kaum ke apa bang, ini manusia. Sekarang senang cerita awak cakap, sudah meninggal.”
@majoritiofficial Orang ramai kecam ambulans lewat memberi bantuan. Mesti ada sebab sampai lewat kan.? Video tanpa mozaic dalam artikel. #ambulans #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia
Bagaimanapun, dua petugas kesihatan di lokasi kejadian itu kelihatan tenang dan terus melakukan tugas mereka tanpai menghiraukan amukan dari lelaki berkenaan.
Dilaporkan, kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita berusia 23 tahun ini telah hilang kawalan sebelum melanggar tiang batu di kiri jalan.
Pemandu yang mengalami kecederaan itu telah di hantar ke zon merah manakala penumpang lelaki yang berusia 30 tahun cedera parah dan disahkan maut di lokasi kejadian.
Rata-rata netizen di ruangan komen video ini turut memberikan pendapat mereka mengenai kelewatan ambulans ketika memberikan bantuan kecemasan serta ada yang menceritakan pengalaman mereka sendiri alami kejadian seperti ini.

Mungkin tak cukup pekerja atau ambulans masa tu kot. Apa-apa pun takziah untuk keluarga mangsa. Moga terus kuat…
Baca: [VIDEO] Cuba ‘Cucuk’ Dari Belakang, Kereta Gelabah Lepas Kena Apit Dengan Dua Ambulans

