in

“Kita taknak campur sis” – Sarah Yasmine Jawab Isu DM Tom & Fuad Rahman

syaz ft 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampak gayanya kontroversi di antara Aliff Aziz, Sarah Yasmine, Ruhainies dan Bella Astillah masih lagi hangat diperkatakan.

Namun, ada beberapa pihak yang tiada kena-mengena dalam hal ini juga terpalit dalam kontroversi ini.


Ianya termasuklah pasangan penyanyi Fuad Rahman dan Tom yang mendakwa mereka ada menerima direct message (DM) di Instagram daripada Sarah Yasmine sejak tahun 2022 sehinggalah hari Isnin lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by King Tom (@king__tom)

“Alamak kenapa pula Sarah Yasmine mesej laki aku? Fuad beritahu saya dia dapat mesej dan dia call banyak kali.

Sarah Yasmine, kitaorang tak nak masuk campur, Fuad tak nak masuk campur hal apa yang terjadi sekarang ni. Kes viral ni kitaorang tak nak masuk campur.

Kitaorang ada masalah kitaorang sendiri, baju pun tak berlipat lagi. Jadi kitaorang banyak masalah sendiri yang kami sendiri pun sakit kepala nak uruskan,” kata Tom.

Pasangan yang pernah bertanding dalam Gegar Vaganza itu bagaimanapun memilih untuk tidak masuk campur dalam isu yang sedang tular itu.

Pun begitu, Sarah Yasmine dalam IG Story miliknya memberitahu tujuannya menghubungi Fuad pada ketika itu adalah untuk meminta pertolongan dalam mencari Aliff Aziz yang dikatakan ‘hilang’ pada ketika itu.

1 13

“Fuad, sebagai kawan kepada Aliff yang all out tolong Aliff sampai berposting sana sini yang dia support Aliff, saya contact awak untuk memberitahu Aliff tidak selamat pada ketika itu dan dia dibawah jagaan saya.

Bod*hnya saya percaya yang korang akan pedulikan saya untuk tolong dia (aliff) kerana pada ketika itu dia dalam bahaya,” tulisnya.

Sarah bagaimanapun meminta maaf atas tindakannya itu dan ingin mengambil tindakan kepada pasngan itu kerana menyebarkan nombor telefonnya.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.