in

“Kita mahu Melayu yang berwibawa” – Setiausaha Agung DAP Hormat Jawatan PM Mesti Melayu

Ft Dap Mahukan Pm Melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berbaki berberapa hari lagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung, dilihat semua parti kini sedang rancak menjalankan kempen untuk meraih kepercayaan rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menghormati hakikat bahawa jawatan Perdana Menteri Malaysia mestilah berbangsa Melayu, bagaimanapun beliau mahukan individu yang benar-benar layak memegang jawatan tertinggi itu.


Katanya  ketika berucap dalam Grand Finale Jelajah Mega PH malam tadi, bagaimanapun mereka mahukan Melayu yang bersih, berwibawa, jujur dan berintelektual seperti Datuk Anwar Ibrahim, lapor Bernama TV.

 

Mahukan PM berbangsa Melayu, tetapi Melayu yang…

https://www.instagram.com/p/ClC8rYBpn_L/

“Kita terima hakikat, di depan saya ini ramai orang Cina, Melayu pun ramai. Saya beritahu pada rakan-rakan Melayu, kita dalam DAP terima dan hormat bahawa kepimpinan Malaysia, perdana menteri mesti Melayu.”

“Tetapi, kita mahu Melayu yang berwibawa, yang bersih, yang jujur, yang ada intelektual macam (Datuk Seri) Anwar Ibrahim supaya Malaysia disegani dan dihormati.”

“Cukuplah dengan politik perkauman. Kita gunakan PRU15 untuk memecahkan politik perkauman dan naikkan kerajaan PH di bawah Anwar.”

Tambahnya lagi, kejayaan mana-mana kaum di negara ini adalah kejayaan Malaysia dan negara perlu dibangunkan dan dipulihkan bersama.

Memetik laporan Astro Awani, Grand Finale Jelajah Mega PH itu turut dihadiri Datuk Anwar Ibrahim, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Gombak Datuk Amirudin Shari dan Presiden Parti Ikatan Demokratik (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Baca : Dapat ‘Offer’ Berkempen Untuk Parti Politik, Caprice Letak Harga RM 1 Juta

Caprice Kempen Politik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.