in

Kisah Tragik Sasha Samsudean, Dibunuh ‘Security Guard’ Dalam Rumah Sendiri

collage

“Harapkan pegar, pegar makan padi” adalah peribahasa yang paling sesuai sekali kalau korang baca kes pasal pembunuhan Sasha Samsudean ni.

Kebanyakan dari kita yang duduk di kawasan yang mempunyai sistem sekuriti 24 jam mungkin akan rasa extra selamat tapi bagi wanita ini lain pula ceritanya…

Tragedi Sasha Samsudean

Pada tahun 2015, Sasha telah menyewa sebuah kondominium di kawasan hiburan yang terletak di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.

Bangunan moden ini lengkap dengan ciri-ciri keselamatan seperti pengawal keselamatan yang menjaga sepanjang 24 jam, kamera CCTV serta pintu yang dilengkapi dengan kod digital tersendiri untuk setiap unit.

sasha samsudean mbm 207

Malangnya bagi Sasha, keselamatan ini tidak dapat melindunginya dari tragedi yang menimpanya sehingga membawa maut.

Awal pagi 17 Oktober 2015, Sasha telah pulang ke rumahnya seorang diri selepas keluar dengan sekumpulan rakannya ke kelab malam.

Salah seorang rakannya, Anthony Roper telah pun membuat rancangan dengan Sasha untuk bersarapan bersama kemudian, jadi dia tak kisah sangat bila wanita itu pulang ke rumahnya.

Namun begitu, Sasha tidak muncul seperti yang dijanjikan dan memandangkan dia seorang yang aktif di media sosial, lelaki ini merasa pelik apabila wanita ini tidak menjawab panggilan dan mesejnya.

Ekoran ini, Anthony dan dua orang rakannya telah pergi ke rumah Sasha untuk memeriksa keadaannya. Mereka mula risau apabila melihat keretanya ada di tempat parkir.

Apabila Sasha yang tinggal seorang diri ini tidak buka pintu bila diketuk, Anthony mula menelefon polis meminta agar pemeriksaan dibuat.

Sejurus selepas pegawai polis sampai, mereka mula bau peluntur yang kuat apabila masuk ke dalam rumah dan menemui Sasha terbaring tidak bernyawa dan dibungkus dengan selimut di atas katil.

Baju dan pakaian dalamnya telah dikoyakkan manakala seluar dan seluar dalamnya hilang. Namun begitu, rumahnya tiada tanda-tanda pencerobohan.

Laporan forensik pula menunjukkan Sasha telah dicekik dan ada kesan dipukul dengan objek tumpul di kepala serta luka di bahagian atas dan bawah badannya menunjukkan seseorang telah memegangnya secara paksa.

Walaupun pelaku cuba untuk menghapuskan bukti menggunakan cecair peluntur, lelaki tersebut telah meninggalkan beberapa kesan seperti tempat duduk jamban dibiarkan terangkat.

Itu adalah sesuatu yang saya tak sangka akan jumpa dalam mana-mana apartment atau rumah yang hanya didiami oleh wanita. – Pendakwa Raya”

images

Manakala cap jari ditemui di bawah tempat duduk tandas dan sebahagian kesan tapak kaki telah dikesan di atas lantai. Tak cukup dengan itu, DNA asing turut ditemui di bahagian dada dan leher Sasha.

Penyiasat suspek penglibatan pengawal keselamatan

Ekoran rakaman keselamatan yang tidak tersedia, penyiasat telah bercakap dengan pengawal keselamatan yang bertugas pada malam tersebut, Stephen Duxbury.

Pengawal keselamatan tersebut memberitahu bahawa dia ada berinteraksi dengan Sasha dan dua wanita lain di pintu masuk bangunan namun Sasha tidak dapat menunjukkan kad ID atau kad kunci menyebabkan dia tidak dibenarkan masuk.

Bila orang yang tinggal di kondo tersebut tiba, Sasha telah mengikutnya masuk dan Stephen mendakwa kali terakhir dia melihat, wanita tersebut sedang terkial-kial dengan kod keselamatan di pintu rumahnya.

Pihak penyiasat kemudiannya mengesan dua wanita yang menghantar Sasha pulang. Wanita ini memberitahu bahawa mereka melihat Sasha sedang berjalan dalam keadaan mabuk seorang diri. Risau akan keselamatannya, mereka telah mengajak Sasha untuk masuk ke dalam kereta dan hantarnya ke rumah.

Mereka telah meninggalkan Sasha di sana selepas merasakan wanita itu selamat bersama pegawai keselamatan di sana.

Lelaki yang masuk ke dalam bangunan bersama Sasha pula dilepaskan selepas pemeriksaan DNA menunjukkan tidak sepadan. Lelaki tersebut memberitahu penyiasat bahawa wanita tersebut kelihatan “agak mabuk”.

Jiran yang tinggal di atas kemudiannya memberi keterangan mengatakan yang dia telah melihat Sasha di kaki lima malam tersebut diekori oleh pengawal keselamatan.

Apabila penyiasat melihat rakaman CCTV, mereka mendapati Stephen berkelakuan mencurigakan dan ceritanya tak sama dengan apa yang dilihat.

Pelindung jadi pemangsa

Rakaman pada jam 1.46 pagi menunjukkan Sasha menghabiskan masa-masa terakhirnya dengan merayau di kawasan kaki lima dan tangga sambil diikuti oleh Stephen.

Stephen telah mengintip tangga yang berdekatan dengan Sasha selama 40 minit menggunakan kuncinya untuk masuk ke dalam tempat-tempat yang berkunci.

cctv footage of samsudean

Dengan kuasanya sebagai pengawal keselamatan, Stephen telah menggunakan peluangnya selepas melihat keadaan Sasha yang mabuk dengan menggunakan jalan yang tidak mempunyai kamera.

Pada jam 6.36 pagi, Stephen dilihat pergi ke arah keretanya dengan membawa dua bag plastik putih. Plastik yang sama turut ditemui di dalam apartment Sasha.

Bukti digital dan fizikal mula menunjukkan Stephen sebagai pelakunya. Menerusi telefonnya yang dirampas, pada jam 5 pagi hari kejadian, juruteknik menemui lelaki ini telah mencari informasi cara-cara untuk membuka kunci digital Kwikset, jenis yang sama digunakan pada pintu depan Sasha.

Manakala cap jarinya sepadan dengan kesan yang ditemui di tempat duduk tandas dan di meja sebelah katil.

DNA yang ditemui di dada Sasha pula memang milik Stephen dan tapak kasutnya juga sepadan dengan kesan yang ditemui.

Pengawal keselamatan ditangkap

UB7XNCHIQNEF5LNTV47DU2XJV4

Stephen Duxbury kemudiannya ditahan dan didakwa dengan pembunuhan serta percubaan seksual dan pencerobohan. Selepas perbicaraan selama enam hari, Stephen didapati bersalah atas semua kesalahan dan mendapat dua hukuman penjara seumur hidup tanpa parol dan tambahan 15 tahun kerana menceroboh.

Hm, susah betul nak percayakan orang zaman sekarang ni. Korang pun, kalau keluar dengan kawan-kawan sampai lewat malam tu make sure korang check keadaan dorang bila dah balik rumah okay?

Sumber: ati

 

Baca: #Throwback: Kronologi Pembunuhan Noritta Samsudin, Suspek Serah Diri Tapi Didapati Tak Bersalah

collage 32