in

Kisah Survival Satu-satunya Kilang Terakhir Yang Masih Menghasilkan Selendang Keffiyeh Di Tebing Barat

Untitled Collage 58

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut keffiyeh, atau panggilan lainnya kufia, kufa atau shemagh — tentu kita akan teringat wajah pejuang legenda Palestin berpengaruh yang sudah lama meninggalkan kita semua, Yasser Arafat.


Tokoh ini dikatakan jarang akan keluar ke tempat-tempat umum, tanpa memakai keffiyeh.

261438243

Download

Selendang segi empat bercorak hitam putih yang dipakai di kepalanya itu, adalah keffiyeh — yang sudah menjadi simbol sejati perjuangan kemerdekaan, simbol nasionalisme dan identiti rakyat Palestin.

Meskipun pemakaian keffiyeh ini dikatakan telah bermula sejak peradaban terdahulu, namun sejak kebangkitan Arab pada 1930an — ia mula diangkat menjadi simbol solidariti dalam kalangan aktivis yang menyokong Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Dikatakan, bermula 1960an — pegawai dan pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin yang dipimpin Yasser Arafat, mula mengenakan keffiyeh walau ke mana saja mereka pergi.

Selendang itu kemudian, menjadi simbol resistance yang digunakan bukan saja dalam kalangan pejuang dan pelarian Palestin — malah orang lain yang turut berdiri teguh mempertahankan tanah suci itu dari luar Timur Tengah.

St 20151015 Wouprising15 1761315

5F8D95B8 D226 11E8 A9F2 7574Db66Bcd5

Malah, China turut mengasilkan keffiyeh — namun kualiti, ‘feel’ dan sentimental value-nya dikatakan tidak setanding dengan keffiyeh yang dihasilkan oleh tangan-tangan penduduk Palestin sendiri.

Sebenarnya, ada satu kilang yang masih beroperasi menghasilkan selendang perjuangan ini di Tebing Barat — dan itulah satu-satunya kilang keffiyeh yang masih tinggal di sana.

Kisah mengenai The Last Keffiyeh Factory in Palestine ini pernah diterbitkan Middle East Eye, dan baru-baru ini — Al-Jazeera turut menerbitkan satu dokumentari pendek mengenainya.

Kilang tersebut, Herbawi Textiles — telah menenun selendang ini sejak 1961.

Pada sekitar 70an ke 80an, perusahaan keluarga milik Yasser Hirbawi ini berupaya menghasilkan keffiyeh sekitar 100,00 helai setiap tahun. Perniagaan mereka berjalan seperti biasa meski pada waktu-waktu perang berlangsung seperti ketika seruan Intifada Pertama berlaku pada 1987.

Namun bermula awal 90an, ekonomi Palestin dikatakan terjejas setelah termeterainya Perjanjian Oslo.

Kemudian pada awal 2000, keffiyeh ‘Made in China’ mula memasuki pasaran antarabangsa — sekali gus memaksa perusahaan Palestin gulung tikar.

1482403561

Keffieh Chine

Meskipun murah, namun kualitinya adalah tidak sama seperti keffiyeh asli Palestin — kerana pengilang China menggunakan material polyester dan kain kapas murahan.

Tambahan pula, keffiyeh asli tenunan Palestin sudah semestinya memiliki nilai sejarah tersendiri.

Pada 1995, Herbawi Textiles pernah menutup kilangnya kerana tidak lagi mendapat permintaan dari negara luar. Namun, lima tahun selepas itu — mereka memutuskan untuk kembali beroperasi.

Bagaimanapun mereka berdepan tekanan hebat, kerana ahli perniagaan di Palestin juga ada yang mengimport keffiyeh dari China demi mendapatkan keuntungan berganda.

Seperti apa yang pernah dinyatakan Yasser Herbawi dalam temuramahnya bersama The Guardian pada 2010 — ‘everyone all over the world is benefiting from this symbol – except us.”

Dengan segala ketidakstabilan politik yang masih berlaku di Palestin, dan juga monopoli China dalam penghasilan apa jua produk yang ada di dunia ini —  masa depan Herbawi Textiles akan terus kekal menjadi tanda tanya.

 

Baca: “Haram menziarahi Masjid Al-Aqsa” – Nadir Al-Nuri, Satu-satunya Rakyat Malaysia Di Palestin Jelaskan Sebabnya

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.