Siapa di sini gemar makan di McDonald’s? Daripada menu burger, sehinggalah ke manisan seperti aiskrim, boleh dikatakan semua menu di restoran makanan segera ini digemari ramai.
Bercerita tentang aiskrim, ada kisah menarik yang tidak diketahui umum berkenaan bekas aiskrim McFlurry. Jika anda perasan, rekaan bekas aiskrim McFlurry yang dahulu adalah berbeza berbanding dengan yang sekarang.
Ini mungkin kedengaran lucu, tapi tahukah anda rekaan bekas aiskrim McFlurry yang ada pada hari ini sebenarnya dipengaruhi oleh kisah landak bersaiz besar yang malang.
Beberapa tahun dahulu, banyak landak yang ditemui mati dalam keadaan yang pelik – kepala haiwan ini tersangkut di dalam bekas aiskrim McFlurry.
Menurut laporan, landak akan memasukkan hidung mereka ke dalam bekas plastik McFlurry untuk memakan sisa aiskrim yang ada, membuatkan kepala mereka tersangkut di dalam bekas plastik itu.
https://www.facebook.com/LarkmeadVets/photos/a.258765434164773/1724761204231848/?type=3
Disebabkan badan landak dipenuhi duri, ia membuatkan mereka tidak boleh melepaskan diri daripada bekas McFlurry, lalu mengakitbatkan mereka mati kebuluran.
Pada ketika itu, Friends of the Earth Germany (BUND), sebuah komuniti alam sekitar berkata, mereka menerima banyak laporan melibatkan kematian landak di dalam bekas McFlurry.
Menurut rekod, terdapat 50 hingga 100 laporan berkenaan kejadian itu dalam masa dua tahun yang diterima oleh komuniti ini. Komuniti ini kemudiannya membuat permintaan kepada McDonald’s agar mereka mengubah rekaan bekas McFlurry.
This Hedgehog Was In A Hurry And Got His Head Stuck In A McFlurryhttp://t.co/dAP3d6Z5tz pic.twitter.com/IUFSVagvcB
— BuzzFeed (@BuzzFeed) November 18, 2014
Mr Hedgehog struggling with his McFlurry assistance given, now happily on his way with advice not to walk on the motorway. #MC14. #M62J8 pic.twitter.com/zppeqUT8qO
— North West Motorway Police (@NWmwaypolice) May 7, 2017
Difahamkan, komuniti ini telah menghantar surat kepada Persatuan Pemeliharaan Landak British agar meminta kepada McDonald’s untuk mengecilkan saiz lubang pada bekas penutup McFlurry. Ini adalah bertujuan untuk menghalang landak daripada memasukkan kepala mereka ke dalam bekas plastik itu.
Sudah tentu, landak-landak ini tidak akan memasukkan kepala mereka ke dalam bekas McFlurry jika manusia membuang sampah ke tempat yang sepatutnya. Namun, ini adalah sebagai langkah pencegahan oleh persatuan ini untuk menjaga keselamatan landak-landak.
BACA: Sejarah Asal Usul Burger Ayam Yang Tercipta Disebabkan Sifat Malas Bangsawan? Ini Kisahnya