in

Sejarah Asal Usul Burger Ayam Yang Tercipta Disebabkan Sifat Malas Bangsawan? Ini Kisahnya

Sejarah Asal Usul Burger Ayam

Korang suka tak makan burger ayam? Kalau tak suka pun, mesti setidaknya sekali pernah cuba makan kan? Pernah tak korang terfikir, siapa atau macam mana tercetusnya idea burger ayam ni?

Ha, sebelum kita ‘borak’ lebih jauh pasal asal usul burger ayam ni, perlu korang ketahui yang ia sebenarnya tidak ‘dianggap’ burger di sesetengah negara dan mereka memanggilnya sebagai ‘sandwich’.

Asal ada ayam, diapit dengan roti, tak kiralah jenis roti macam Crossaint ke, roti burger ke, tetap akan dipanggil ‘sandwich’. Persoalan dia, kenapa sandwich?

John Montagu

Menurut sumber, ianya bermula pada tahun 1762 dan pada ketika itu, seorang bangsawan berpangkat ‘Earl’ di satu kawasan yang dipanggil Sandwich di United Kingdom bernama John Montagu.

Difahamkan, John ni mempunyai masalah ketagihan berjudi dan nak dijadikan cerita, disebabkan dia terlampau malas nak bangun dari mejanya untuk makan tengah hari, dia telah mengarahkan pembantunya untuk membawakan makanan yang boleh dimakannya tanpa perlu mengotorkan tangan.

Jadi, tukang masaknya ketika itu telah memasak ayam dan dikepitkan dengan roti bagi mengelakkan tangan John ni kotor. Bermula dari itu, itu sahajalah makanan yang diminta sehinggakan ia menjadi ‘fenomena’ dalam golongan bangsawan.

Pexels Archie Binamira 959922

Setiap kali waktu makan, mereka akan memesan “sama dengan Sandwich” merujuk kepada nama pekan yang diwakili oleh John Montagu tersebut. Lama kelamaan, ianya dirujuk sebagai sandwich sahaja.

Sehingga hari ini, masih belum ada jawapan apa beza burger dan sandwich ayam (versi diorang) selain ada yang mendakwa ianya sebenarnya wujud sebagai gantian kepada ‘daging’ dalam hamburger seperti yang diamalkan oleh kebanyakan restoran.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya ada banyak menu berasaskan ayam diperkenalkan di rangkaian restoran makanan segera dan salah satu contoh kita boleh tengok di restoran makanan segera terkenal McDonald’s.

 

4Pcsevm Promopage Mobile21

McDonald’s sendiri sering memperkenalkan menu baharu disamping menu-menu kegemaran ramai seperti BigMac, Cheeseburger dan lain-lain. Untuk variasi ayam pula, semestinya ‘kehadiran’ ayam goreng menjadi bualan hangat sehinggakan ianya sering ‘sold-out’ kerana sambutan yang sangat luar biasa.

Kalau nak tahu, ada satu lagi menu ‘rahsia’ yang akan buat kemunculan iaitu Spicy McCrispy Chicken Burger! Burger ayam rangup yang ‘bukan macam biasa’ sebab ianya menggunakan patty berbentuk oblong, confirm buat korang lagi puas, di tambah pula dengan sos bawang putih pedas istimewa yang pasti buat korang terpikat.

Spicy Mcchicken Banner 524X524 2

Ha, untuk burger terbaru McDonald’s kali ni, ia didatangkan dengan dua pilihan sama ada ‘single’ ataupun ‘double’. Jadi, korang boleh la nikmati sepuasnya patty ayam oblong rangup ni nanti. Kalau nak lebih puas, pilihlah set double! 

Sama seperti kisah John Montagu tadi, semestinya tangan korang ‘tak kotor’ bila makan burger ala-ala sandwich ni nanti, walaupun ada sos pedas bawang putih tu! .

Min yakin korang akan puas hati!

Menang RM100 Dengan Burger Ayam Spicy McCrispy™️ !

Sambil-sambil makan tu, korang jangan lepaskan peluang untuk abadikan dan kongsi kegembiraan dengan Spicy Chicken McCrispy ni dari 10 hingga 17 Mac nanti. Maklumat lanjut, korang boleh tengok dekat ‘highlight’ di Instagram rasmi Mcdonald’s, jangan lupa like dengan follow sekali. 

Caranya senang je:
1 – Klik pada ciri ‘Add Yours’ dan upload gambar atau video di IG story korang tengah menikmati Burger Ayam McCrispy Pedas baharu.

2 – Sertakan jugak hashtag #MYSpicyMcCrispy 

McDonald’s akan pilih 10 pemenang bertuah dengan penyertaan paling kreatif dan menarik untuk memenangi baucar tunai McDonald’s RM100!

Best kan? Apa lagi, cubalah nasib… 

Sumber: McDonald's
Sumber: McDonald's