in

Kisah Menyayat Hati ‘Topsy The Elephant’, Gajah Yang Dijatuhkan Hukuman Bunuh Gara-gara…

Collage 6

121 tahun yang lalu, pada 4 Januari 1903, Topsy enggan bergerak, dia dikelilingi orang ramai yang melihat dan menunggu. Namun begitu, Topsy masih tak bergerak, dia seolah-olah faham yang manusia disekelilingnya telah menjatuhkan hukuman mati ke atasnya pada hari tersebut.

Kenapa seekor gajah yang menahan penderaan selama bertahun-tahun untuk menghiburkan orang ramai di sarkas telah dihukum bunuh? Kalau korang nak tahu, baca kisah menyayat hati tentang Topsy The Elephant ini…

Artikel berkaitan: Mali, Gajah Paling Sedih Di Dunia Mati Lepas 40 Tahun Hidup Sunyi

Artikel berkaitan: 25 Tahun Angkut Pelancong, Gajah Ini Terpaksa Tanggung Kecacatan Kekal Tulang Belakang

Kehidupan Topsy sebagai gajah sarkas

Forepaugh Circus

Topsy dilahirkan sekitar tahun 1875 namun kehidupannya di hutan tak lama apabila penyeludup telah menangkapnya ketika dia masih lagi bayi. Gajah ini dikatakan telah membuat lintasan transatlantik tanpa mengetahui bahaya yang menantinya di hutan konkrit, Bandar New York.

Di sana, Topsy telah ditangkap oleh ahli perniagaan sarkas, Adam Forepaugh dan membuat iklan palsu mengatakan bahawa dia telah menemui gajah pertama yang dilahirkan di Amerika.

Dianggap sebagai gajah jahat

Topsy

Selama bertahun-tahun, Topsy telah patuhi arahan tuannya tanpa melawan namun dia kemudiannya telah mendapat reputasi sebagai “gajah jahat” kerana telah membunuh seorang pekerja sarkas, J. Fielding Blount pada 28 Mei 1902.

Tak dapat nak dipastikan apa yang sebenar-benarnya berlaku namun dikatakan, Blount telah masuk ke kandang Topsy dalam keadaan mabuk dan telah mencucuh gajah malang ini dengan rokok serta melemparkan pasir ke arahnya.

Ekoran ini, Topsy telah bertindak ganas dan telah menyambar lelaki ini menggunakan belalainya dan membalingnya ke tanah sehingga mati.

Sejak dari itu, Topsy dianggap sebagai gajah jahat dan Sarkas Forepaugh bertindak untuk menjualnya kepada Luna Park yang terletak di Coney Island.

Di Luna Park, Topsy telah diseksa oleh pelatihnya William “Whitey” Alt. Di mana dalam salah satu insiden, Whitey telah mencucuk gajah malang ini menggunakan serampang peladang sehingga darah mengalir keluar dari muka dan badannya.

Whitey telah ditangkap kerana seksaan yang dibuat ke atas Topsy namun begitu, media tempatan telah mengeluarkan artikel menyalahkan haiwan ini dengan mengeluarkan tajuk “The Bad Elephant, Makes Trouble At Coney”.

Tak cukup dengan itu, ketika Topsy mengikut Whitey ke balai polis dan masukkan kepalanya ke dalam balai, The New York Times mengeluarkan artikel mengatakan “Elephant Terrorizes Coney Island Police.”

Disebabkan insiden ini dan beberapa insiden lain, Luna Park telah memecat Whitey. Tapi disebabkan pemecatan ini, mereka tak ada orang untuk menjadi pengganti untuk melatih gajah sehingga mereka membuat keputusan untuk membunuh Topsy, “si gajah jahat” ini.

Topsy dihukum mati dengan renjatan elektrik

Video Of Topsy The Elephant

Pada awalnya, pihak pengurusan Luna Park membuat keputusan untuk menggantung Topsy di hadapan orang ramai. Namun disebabkan kemarahan kumpulan hak haiwan, mereka telah bersetuju untuk membunuh gajah ini dengan renjatan elektrik.

Pada 4 Januari 1903, Topsy telah dibawa untuk menjalani hukuman matinya. Namun, apabila tiba masanya untuk melintas jambatan ke tapak renjatan elektrik, Topsy enggan bergerak. Walaupun telah dicucuk dan didorong, gajah ini tetap tak berganjak.

Disebabkan ini, pekerja Luna Park telah menyeret wayar ke arah Topsy untuk diletakkan pada badan gajah tersebut. Menyedihkan, Topsy tak melawan dan patuh segala arahan. Dia turut mengangkat kakinya apabila disuruh supaya kasut tembaga boleh dipakaikan bagi memudahkan aliran renjatan elektrik ke atasnya.

Bagi memastikan Topsy benar-benar akan mati, pekerja Luna Park telah memberikan lobak merah yang disalut dengan sianida. Ketika dia menelan lobak merah ketiganya, seseorang telah menjerit “all right” dan tiba-tiba renjatan sebanyak 6,600 voltan mengalir ke dalam tubuhnya.

Badan Topsy telah bergegar kuat akibat renjatan tersebut sebelum dia rebah ke hadapan. Namun penyeksaannya tak terhenti setakat itu, bagi memastikan mereka benar-benar telah membunuh gajah malang ini, pekerja Luna Park telah memasang tali di leher Topsy dan menjerutnya selama 10 minit.

Keesokan harinya, The New York times mengeluarkan berita mengenai hukuman yang diterima oleh Topsy ini dengan memanggilnya “gajah besar pembunuh manusia.”

C1V34Uxweaa Nhc

Pembunuhan Topsy ini telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Malah, dua tahun kemudian, satu gajah bernama Fanny telah lari meninggalkan Luna Park sebaik sahaja dia melalui tempat di mana kepala Topsy ditanam. Gajah tersebut terlalu takut sehingga dia berenang di dalam air menuju ke Staten Islan.

Sumber: ati