in

Kisah Inspirasi Gadis Berumur 21 Tahun Jadi Kapten Termuda LRT Dapat Kutukan Netizen

Prasarana Ceo Tweets Inspiring Story Of Youngest Lrt Captain Gets Mean Comments World Of Buzz 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Siapa sangka baru berusia 21 tahun tapi kini seorang kapten termuda LRT?


Menerusi perkongsian CEO Prasarana Malaysia, Azmi Abdul Aziz di laman Twitter, Nur Aina yang berasal dari Sekinchan adalah antara kapten Aliran Transit Ringan (LRT) termuda di Prasarana.

Memperkenalkan Cik Nur Aina. Pada usia 21 tahun, dia adalah antara kapten termuda LRT dalam pasukan kami.”

Aina Lrt
sumber: twitter

Azmi dengan bangganya memuatnaik gambar Aina dengan uniform merahnya dan menceritakan kisah Aina yang begitu terpesona dengan keretapi sehingga minat tersebut berubah menjadi kerjaya.

Aina Lrt 2
sumber: twitter

Aina selalu mengambil LRT untuk ke tempat kerja di sebuah restoran makanan segera dekat Ampang. Sejak dari itu, dia menjadi sangat terpesona dengan keretapi.” 

“Aina yang berasal dari Sekinchan ini telah melambangkan kepelbagaian tenaga kerja yang kami ada di Prasarana dan kami sangat berbangga dengan perbezaan ini,” tambahnya lagi.

Sungguhpun kisah Aina ini sepatutnya menjadi inspirasi buat remaja masa kini yang kian terbeban dengan pengangguran dan masalah sosial yang semakin berleluasa. Namun perkongsian ini ditafsir sebaliknya oleh segelintir netizen.

Prasarana Ceo Tweets About The Youngest Lrt Captain Gets Mean Comments World Of Buzz 5
sumber: twitter

Ramai yang mengutuk Aina kononnya dialah penyebab kepada masalah kelewatan pengangkutan awam yang sering berlaku dan ada pula yang mengeluarkan komen seksis dengan mengatakan tren lewat sampai kerana Aina sibuk bersolek dan memakai tudung. Korang ni dah kenapa??

Prasarana Ceo Tweets About The Youngest Lrt Captain Gets Mean Comments World Of Buzz 2
sumber: twitter
Prasarana Ceo Tweets About The Youngest Lrt Captain Gets Mean Comments World Of Buzz
sumber: twitter

Ada juga di antara netizen yang ragu-ragu dengan kebolehan Aina yang masih lagi muda dan bagaimana dengan mudah dia mendapat jawatan setinggi itu. Pun begitu, nasib baiklah ada di antara pengguna Twitter yang memperbetulkan pandangan serong netizen dengan mengatakan Aina telah berusaha bersungguh-sunguh untuk sampai ke tahap itu. Jeleslah tu!

Prasarana Ceo Tweets About The Youngest Lrt Captain Gets Mean Comments World Of Buzz 3 1
sumber: twitter

Hello! Tak semestinya kerana dia seorang perempuan muda, dia tidak berpengalaman dan tidak layak dipandang hebat sama seperti kapten LRT lelaki yang lain. Aina sudah pastinya telah berusaha sehabis baik dan wajar diberikan pujian atas kejayaan yang dia kecapi sekarang. Jadi tak perlulah mereka yang berfikiran negatif itu mempertikaikannya lagi.

Semoga terus maju jaya, Aina! Anda inspirasi buat kami semua. Abaikan kata-kata orang. You go girl!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.