Masih lagi menjadi buah mulut mengenai isu dan kontroversi video seks sejenis seorang menteri kanan bersama individu yang dikenali sebagai Haziq Aziz, rakan kolej Haziq, Habib Mazlan terpanggil untuk menceritakan siapa Haziq Aziz ini.
Siapa Haziq Abd Aziz yang mengaku mengadakan hubungan intim dengan seorang menteri Keadilan di dalam video yang tersebar?
Haziq merupakan penuntut Universiti Malaya yang jugak aktivis yang aktif melibatkan diri dalam setiap gerakan.
Menurut Habib, Haziq ini seorang yang berkarisma dalam sikap kepimpinannya.
Tambahnya lagi Haziq ini memang ada harapan untuk menjadi seorang pemimpin pada masa yang akan datang.
Haziq ini memang pro Azmin Ali sejak dari dulu lagi.
Dalam satu gerakan yang disertainya, Haziq tewas dengan pesaing lain ketika Angkatan Muda Keadilan sedang membuat satu demokrasi internal.
Hampa dengan kekalahan, dia bawa diri ke US dalam program pertukaran siswa selama 6 bulan. Dia kemudiannya habiskan pengajian di UM dan pulang ke kampung halaman di Sarawak.
Kalah bertanding, balik kampung halaman & tukar Parti
Ketika pertukaran kerajaan baru, tiba-tiba Haziq beralih arah
“Sebagai seorang rakan mestilah terkejut apabila tengok dia dapat ‘lompat’ parti dengan begitu mudah. Tapi isu politik ni bukanlah hal utama.”
Dia menyandang jawatan sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan menteri sampailah sekarang lalu terjadilah kontroversi yang tengah hangat ni, iaitu video dia dengan menteri kanan tu!
Sebagai seorang rakan sudah mestinya Habib concern dengan Haziq, dia ada hubungi Haziq mengenai kes ini, dan pada mulanya dia cuba nafikannya.
“Tak elok fitnah, kau patut defend Azmin” – Haziq
Tanpa didiuga, tak sampai 24 jam dia dihubungi, Haziq terus buat pengakuan secara terbuka seperti mana yang kita dah tengok tu.
“Saya pun tak sangka tidak sampai 24 jam boleh berubah kenyataan berkenaan penglibatan beliau.”
Pastinya Habib sukar nak percaya sebab, sepanjang mereka kenal Haziq ini ada teman wanita dan dikatakan dah bertunang.
Malah rakannya juga terkilan bila melihat kelakuannya yang sanggup menggadaikan pejalanannya dalam bidang politik bermula ‘dari bawah’ tapi..
Kini dilabel sebagai Saiful Bukhari 2.0.
Hurm, apapun kita lihat jelah susulan mengenai isu ini.