in

Kieda Crepe Bagi Saguhati Untuk Guru & Pengasuh Anak, Tapi Ada Netizen Tak Puas Hati?

Kieda 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan dessert, Kieda Crepe beberapa kali pernah terpalit isu cara dan peraturan untuk membeli makanan di kedainya. Walaupun dia selalu dikecam netizen, tak patut bagi kita untuk hanya memandang sisi negatif tanpa melihat kebaikan yang Kieda pernah lakukan.

Baru-baru ini, Kieda memberitahu dalam satu video yang dia ingin memberi saguhati berupa wang kepada tiga orang insan yang banyak membantu anaknya di tabika. Video itu dimuat naik oleh Kieda namun ruangan komennya telah pun ditutup.


Kieda bagi saguhati RM500 tiap seorang

Kieda berkata, tujuannya berkongsi rezeki itu sebagai tanda syukur kerana cikgu dan pengasuh anaknya serta tukang masak telah banyak membantu dan mendidik anaknya di tabika.

Cikgu, pengasuh, tukang masak semua layan baik sangat-sangat sampai dia selau balik cerita pasal cikgu. Dia pula, belajar apa semua dapat terap masuk jiwanya. Apa yang cikgu ajar, semua boleh masuk. So, kita bagi RM500 seorang kat depa.

Artikel berkaitan: Kantoi Buat Group Chat Kutuk Bos, Kieda Crepe Minta 12 Staf Hantar Surat Resign 24 Jam

Artikel berkaitan: “Awak jangan kacau periuk nasi orang” – Dituduh Sombong, Kieda Crepe Ada Isu Dengan Abang Kopi?

Salah satu sampul yang berisi RM500 itu akan diberikan kepada tukang masak tabika yang dipanggil Cik Nah. Menurut Kieda, Cik Nah selalu melayani kerenah anaknya.

Cik Nah ni yang selalu layan dia sangat-sangat time petang dia nak roti kering, Cik Nah akan bancuh air teh, makan dengan dia sambil tunggu ayah dia ambil.

@kiedacrepepenang

Graduasi anakku🤍 #kiedacrepe

♬ Kiss the Rain – 弹钢琴的瑞瑞

Penjawat awam tak boleh terima hadiah?

Pun begitu, ada pula netizen yang sempat meninggalkan komen di video berkenaan dan menyatakan penjawat awam tidak boleh menerima sebarang hadiah daripada orang lain. Komen tersebut sempat dibaca oleh Kieda lalu dia membuat satu lagi video untuk membidas kenyataan netizen itu.

Mak saya tiap kali hari guru orang bagi hadiah. Orang bagi duit dalam bouquet yang duit tu. Orang nak bagi tu penghargaan orang, bukannya rasuah… Tak boleh bagi manfaat kepada orang lain, jangan tunjuk keburukan diri.

Tambah Kieda, dia hanya mahu berkongsi rezeki kepada orang lain dan meminta netizen itu untuk bercakap benda yang baik.

@kiedacrepepenang

Replying to @S E C R E T 🤍🕊 gelabahh ekk masing-masing🤭 haishh 🤣 #kiedacrepe

♬ original sound – kiedacrepe – KIEDACREPEPENANG

Di ruangan komen, ramai netizen beri pandangan mengenai segelintir penjawat awam yang tidak boleh menerima apa-apa hadiah ataupun wang. Ada pula yang mengiyakan kenyataan netizen tersebut.

Kieda 1 Kieda 2

 

Kieda 3 Kieda 4

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.