in

“Khas untuk meow yang dah insaf” – Online Shop Jual Hijab & Baju Muslimah Khas Untuk Kucing!

Untitled Collage 82

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kucing, haiwan manja dan berbulu yang tak semua orang suka. Tapi kalau dah sayang, beribu ringgit keluar dari poket untuk dia pun takpa. Ada tu, sampai sanggup dipakaikan kostum dan baju yang comel-comel belaka — habis dilayannya bak manusia juga.



Kalau korang suka pakaikan kostum pada si bulus, mungkin boleh kali ni boleh cuba sedikit kelainan yang ditawarkan sebuah online shop dari seberang ni. Pernah dengar orang jual hijab untuk kucing?

Capture 30

Menurut Liputan 6, perkara ini pada mulanya dikongsikan oleh pengguna Twitter @txtdarionlshop yang seringkali memuat naik produk-produk lucu yang dijual dalam talian — sebelum ia mula mendapat perhatian netizen lain.

Lain daripada yang lain kan? Belum pernah lagi rasanya orang jual pakaian patuh syariah khusus untuk kucing. Tapi kelainan yang ditawarkan itulah yang membuatkan pengguna media sosial tertarik dan terhibur.

Mesti ada yang dah masukkan item dalam cart nak beli untuk bulus masing-masing kan? Harap diorang istiqomah la ye.

 

Baca: [Video] Comel! Gelagat Kucing Oyen Nama Tommy Berebut Pacifier Buat Ramai Geram

Capture 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.