in

Keunikan Suku Bodi Di Ethiopia: Lelaki Buncit Dianggap Menawan & Lebih ‘Seksi’ Dimata Wanita

Ft Buncit Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lelaki berperut buncit tak nampak menarik di mata kaum hawa? Nah, telahan korang tu ternyata tidak benar. Kalau korang nak tahu, terdapat sebuah kawasan di Ethiopia yang terdiri daripada suku kaum ‘unik’ dimana mereka melihat orang lelaki yang berperut buncit itu sebagai menarik.


Bukan setakat itu sahaja, setiap tahun juga mereka akan mengadakan satu pertandingan lelaki paling menarik dimana pemenangnya akan dipilih berdasarkan saiz perut yang paling besar!

Memiliki bentuk badan yang kurus dan ramping macam ‘kerengga’ bukanlah cita-cita utama buat setiap lelaki mahupun wanita dari suku Bodi atau Me’en ini. Orang lelaki yang mempunyai perut lebih besar selalu dianggap lebih baik.

 

Minum darah dan susu lembu nak jadi gemuk

Memetik laporan Iluminasi, suku ini mengamalkan gaya hidup separa nomad dimana mereka menetap di sudut terpencil di Lembah Omo, Ethiopia. Tempat ini juga terkenal dengan ritual-ritual ‘aneh’ iaitu kaum lelaki akan meminum darah dan susu lembu semata-mata untuk dinobatkan sebagai lelaki paling gemuk. 

Setiap tahun, mereka akan merayakan ‘tahun baru’ mereka yang dikenali sebagai Ka’el antara bulan Jun dan Julai. Pada perayaan inilah kaum lelakinya akan diberi makan sehingga menjadi buncit.

Buncit Duduk

 

Sambutan Ka’el – lembu ibarat wang, perut besar tanda bahagia

Ka’el juga merupakan perayaan menuai semasa musim hujan. Di Lembah Omo, lembu itu diibaratkan sebagai wang dan mempunyai tubuh yang besar adalah tanda ‘kebahagiaan’. Dengan mengambil hanya susu, mentega dan darah lembu selama 3 hingga 6 bulan, peserta boleh menaikkan berat badan mereka dua kali ganda.

Apa yang lebih unik, bagi penduduk yang tidak mempunyai lembu sendiri, orang kampung pula akan ‘support’ mereka dengan menyumbangkan susu kepada mereka. Walaupun pemenang dipilih pada sambutan perayaan Ka’el, pertandingan ini sebenarnya akan bermula 6 bulan sebelum upacara sebenar.

Buncit Minum

Setiap keluarga hanya boleh menghantar seorang lelaki yang belum berkahwin untuk menjadi peserta. Mereka kemudiannya akan menetap di sebuah pondok khas, tidak boleh bergerak keluar atau melakukan hubungan intim dalam tempoh tersebut.

 

Lebih dihormati oleh ahli suku lain, cari calon isteri

Kalau korang nak tahu, usaha untuk membesarkan badan ini bukannya mudah kerana memerlukan disiplin yang tinggi. Setiap peserta ‘wajib’ mengikuti amalan diet yang ketat. Itulah menjadi sebab utama mengapa peserta Ka’el ini dihormati dalam suku tersebut iaitu mereka ini lebih berdisplin dan mempunyai mental yang kuat.

Apa yang paling penting, menyertai pertandingan lelaki terbuncit ini juga adalah cara untuk menarik calon isteri. Mereka percaya bahawa semakin besar mereka, semakin banyak wanita yang menginginkannya. Semasa upacara tersebut, pemenang akan dinobatkan sebagai lelaki paling buncit setelah perut mereka akan diukur oleh ahli suku yang lebih tua.

Buncit Ukur

Selepas upacara dan pemilihan pemenang dilakukan, kehidupan peserta akan kembali normal dan kebanyakan dari mereka akan ‘kehilangan’ perut mereka setelah beberapa minggu makan dengan berhati-hati.

Bagi setiap pemuda Bodi, menjadi lelaki gemuk merupakan cita-cita mereka sejak kecil.

Sumber: Iluminasi, Joey L. 

Baca: “Aku nak dia terus membesar” – Lelaki Mengaku ‘Bunuh’ Isteri Sebab KETAGIH Dengan ‘Kegemukan Melampau’

Baca Mok

Sumber: Joey L.
Sumber: Joey L.
Sumber: Joey L.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.