Face mask yang dia pakai tu face mask emas 24 karat ke ada salut dengan baru berlian? Kena ketuk sampai RM201.60 untuk 3-ply face mask dekat hospital?
Terkejut bila dapat tahu jumlah ini yang netizen dikenali sebagai Hilman ni kena lepas check bill. Menurutnya jumlah tersebut dicaj oleh sebiah hospital swasta di KL tu kerana pihak hospital dah gunakan 18 keping facemask 3-ply tu untuk rawat anak dia.
“Sampai RM201.60 untuk 18 helai topeng muka. RM11.20 sekeping? WTF ??? !!!! Mana etika dan profesionalisme korang dalam menjalankan perniagaan perubatan? “
Untuk pengetahuan nilai untuk satu facemask cuma Rm1.50 je. Kerajaan sendiri dah bagitahu jangan lebih daripada RM 2 sekeping kalau lebih tu dah dikira illegal
Rasa marah itu diluahkan menerusi status Facebook kerana harga yang diberikan itu sangat-sangat tak masuk akal.
Kes ini telah sampai ke pihak berkuasa dan mereka sedang menyiasat hal ini selepas dia membuat laporan polis berkenaan dengan kes ini.
Pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga kini sedang menyiasat kes tersebut, lapor Berita Harian.
“Dalam pemeriksaan itu beberapa dokumen berkaitan transaksi termasuk pelitup muka telah disita daripada hospital swasta berkenaan untuk tujuan siasatan.”
Jika pihak hospital didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM1,000,000 jika membabitkan pertubuhan perbadanan (syarikat).
Jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan (perseorangan), boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.