in

Ketua Jurulatih Sabah Ditumbuk Pegawai Sendiri Selepas Tamat Perlawanan Piala Futsal Malaysia

Piala Futsal Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Futsal Malaysia antara Sabah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di N9 Arena, Sabtu bertukar kecoh apabila ketua jurulatih Sabah, Roger Filipe, ditumbuk pegawai pasukannya sendiri seusai tamat perlawanan.

Screenshot 2025 08 24 at 3.05.06 PM

Artikel berkaitan: Pelajar Biadab T*mbuk & Rentap Baju Guru Sebab Berang Ditegur Ponteng Kelas Ditahan Polis


Artikel berkaitan: Lelaki Tumbuk Skrin Mesin ATM Sampai Pecah Sebab Mabuk

Memetik laporan Stadium Astro, Sabah yang selesa mendahului 3-1 dikejutkan kebangkitan JDT sebelum akur dengan kekalahan 3-4. Kekalahan itu jelas mengundang rasa tidak puas hati dalam kem Sabah.

Sejurus wisel penamat ditiup, Roger dilihat meluru masuk ke dalam gelanggang dalam keadaan berang. Beliau cuba ditenangkan oleh salah seorang pegawai pasukan, namun jurulatih kelahiran Portugal itu dipercayai bertindak menyiku pegawai terbabit.

Screenshot 2025 08 24 at 3.05.15 PM

Tindakan itu mencetuskan insiden lebih tegang apabila pegawai berkenaan bertindak menumbuk Roger sehingga terjatuh di atas gelanggang, sekali gus menggemparkan penonton di arena.

Insiden berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801, sekali gus menjadi tumpuan peminat futsal tanah air.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.