in

“Kesian kat mak ayah kau” – Video Tular Gadis Berhijab Togok Arak Jadi Buah Mulut Netizen

Collage 11

Zaman sekarang ni, kalau nak rakam video kena fikir dua tiga kali. Mana taknya, benda nak jadi viral memang senang sangat. Lagi-lagi kalau buat benda tak senonoh.

Macam video yang tular baru-baru ni, seorang gadis berhijab dengan selambanya minum arak campur coke sambil membiarkan dirinya dirakam oleh rakan-rakannya. Menurut komen dari netizen dan gaya cakap dalam video ni, kejadian ini mungkin berlaku di Sabah.

Dalam video tersebut, memang boleh dengar kawan-kawan dia yang turut ada dekat situ bersorak suruh dia minum dan gelak-gelak. Akhirnya, kawan yang sama jugaklah yang tularkan video ni.

Screenshot 2019 12 04 At 2.29.28 Pm

Buat malu mak bapak

Video yang dimuatnaik di Facebook ini telah pun mendapat hampir 900,000 penonton dan kebanyakan netizen yang menonton video ini telah menyelar tindakan gadis ini.

Lm Template

“Siapa ada kawan-kawan bodoh, its about time to ciao”

Kalau korang nak tahu, video ni juga dah mendapat perhatian dari Caprice dan dia ada pesanan penaja untuk orang-orang dalam video ni.

Menerusi Instagramnya, Caprice mengatakan dalam video ni ada empat benda yang sangat bodoh:

  1. Perempuan yang minum arak tu bodoh.
  2. Kawan dia yang rakam tu bodoh.
  3. Minum arak dekat tempat public bodoh.
  4. Yang share video ni sampai jadi viral pun bodoh.

View this post on Instagram

Sape2 yang ade kawan bodoh, its about time to just ciao.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

So, Caprice cadangkan supaya kita semua mula cari kawan yang baik supaya kita tak terjebak untuk buat benda-benda bodoh macam ni dan kalau ada kawan-kawan macam ni, tiba masa untuk korang semua angkat kaki.

Pengajaran dia, sebelum nak buat benda tak elok, pastikan kawan-kawan korang semua simpan phone dorang ya? Tu pun kalau tak nak jadi viral macam ni lah…

 

Baca: Budak 14 Tahun Dipaksa Minum Arak & Dirogol Beramai-ramai Oleh Lelaki Yang Dikenali Di Facebook

Screenshot 2019 12 04 At 2.33.18 Pm