Sebelum ni kita selalu tengok dekat tv atau movie je pasal kes berebut anak disebabkan ibu bapa yang dah tak sehaluan dan bercerai. Kesian, anak-anak jadi mangsa.
Tapi, baru-baru ni tular di laman Facebook Cyberjaya Info mengenai kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang menjerit meminta tolong di hadapan sekolah kerana dikatakan tidak mahu mengikut ibu kandungnya.
https://www.facebook.com/107845823957481/posts/138240610918002?d=n&sfns=mo
Kejadian itu berlaku selepas tamat sesi persekolahan di hadapan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya.
Akibat cemas dengan tindakan kanak-kanak yang menjerit minta tolong itu, orang ramai yang berada di kawasan sekitar segera menuju ke kenderaan yang ingin membawa pergi kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak itu dibawa secara paksa masuk ke dalam sebuah kereta oleh seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai ibu kandungnya sambil memegang sepanduk ‘Ibu kandung ambil anak sendiri’.
Orang ramai yang tidak mempercayai mereka terus menahan kenderaan mereka dari meninggalkan tempat kejadian. Ada juga yang sanggup menggunakan kenderaan sendiri bagi menghalang kereta Perdana berwarna hitam itu dari berlalu pergi.
Keadaan ini menjadi reda setelah polis tiba di tempat kejadian bagi meleraikan ketegangan yang berlaku.
Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, kanak-kanak di dalam kereta Perdana hitam itu tidak mahu mengikut ibu kandungnya yang dipercayai berebut hak penjagaan dengan bapa kanak-kanak itu.
Ramai netizen yang berasa bangga dengan tindakan orang ramai yang berada di kawasan itu kerana pantas bertindak apabila mendengar suara kanak-kanak minta tolong.
Admin pun rasa macam ‘wow’ bila orang ramai tu terus pergi tolong selamatkan budak tu. Nasib polis cepat sampai, kalau tak, tak tau apa jadi.