Kejam!
Tak sangka masih ada lagi manusia yang tak berhati perut dan tak berperikemanusiaan sampai sanggup mencederakan seorang bayi yang tak bermaya.
Mati dengan kesan koyakan pada selaput dara, dubur
Bayi perempuan itu ditemui mati dengan kesan koyakan baru pada selaput dara dan dubur mangsa akibat perbuatan suami pengasuhnya.
Memetik laporan Bernama, bayi berusia 9 bulan berkenaan sebelum itu dilaporkan kritikal selepas didera dan dimasukkan ke Hospital Serdang, sebelum mati pagi semalam.
“Berdasarkan kenyataan ibu mangsa, semasa dihantar ke rumah pengasuh pada waktu pagi, mangsa dalam keadaan baik.
Namun mangsa dikatakan mengalami sesak nafas pada sebelah petang sebelum dikejarkan ke Klinik Bandar Baru Bangi sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.”
Sampai hati korang buat kat budak kecik macam ni. Apa salah dia!
Hasil bedah siasat dapati akibat impak, tempurung kepala pecah
Lebih kejam lagi, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat impak objek tumpul di kepala dan tempurung kepala bayi pecah!
Akibat kejadian itu, pengasuh serta suaminya yang bekerja sebagai penggunting rambut juga ditahan. Hasil ujian air kencing mendapati suaminya juga positif dadah methaphetamine.
Difahamkan, ibubapa mangsa tinggal di kawasan sama dengan pengasuh dan telah menghantar bayi ke situ sejak 2 bulan lalu.
Kejadian berlaku di Bandar Baru Bangi dan kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh.
Semoga bayi yang masih suci ni dapat keadilan yang sepatutnya!
Baca: Pengasuh Dera Bayi 14 Bulan Sampai Sawan Sebab Ibu Bapa Lewat Bayar Upah