in

Kes Zara Qairina: Ahli Parlimen Sangkal Dakwaan Kaitkan Isteri Dengan Kes Kematian Pelajar

ahli parlimen minta henti kaitkan kematian zara qairina dengan isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud baru-baru ini telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang cuba mengaitkan isterinya dengan insiden tragik membabitkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Menurut Harian Metro, beliau menyifatkan tuduhan yang dilemparkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam perbahasan Dewan Rakyat itu sebagai tidak berasas dan tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim.


Ia bukan saja mengelirukan rakyat, malah mencemarkan reputasi individu yang tidak lagi terbabit dalam perkhidmatan awam.

“Untuk makluman, isteri saya, Cikgu Rosnih Nasir, adalah bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar.

“Beliau hanya berkhidmat di sekolah berkenaan dari 20 Mac hingga 22 November 2024 sebelum bersara sepenuhnya daripada perkhidmatan pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan.

suami isteri

Artikel berkaitan: “Saya dah bersara” – Bekas Pengetua Sekolah Nafi Terbabit Dengan Tragedi Menimpa Zara Qairina

Artikel berkaitan: “Fitnah ini berat” – YB Fadhlina Sidek Nafi Tak Buat Apa-apa Isu Kes Adik Zara Qairina

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, selepas persaraan tersebut, isterinya tidak mempunyai sebarang keterbabitan dalam urusan pentadbiran atau pengurusan sekolah secara langsung atau tidak langsung.

Insiden tragik yang menimpa Zara Qairina itu juga katanya berlaku pada 16 hingga 17 Julai 2025, yang mana ia hampir lapan bulan lepas persaraan isterinya.

Maka, sebarang cubaan untuk mengaitkan beliau dengan insiden berkenaan adalah fitnah semata-mata dan satu bentuk manipulasi politik yang tidak berasas,” katanya.

3217366

Dalam pada itu, pihaknya sekeluarga juga menyeru akan semua pihak mengamalkan prinsip tabayyun, menyelidik sebelum menuduh dalam menyampaikan sebarang kenyataan.

“Hentikanlah eksploitasi terhadap tragedi ini sebagai modal politik. Hormatilah proses siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan hentikan penyebaran fitnah yang boleh menjejaskan reputasi serta emosi individu yang tidak bersalah.

“Akhir sekali, saya dan keluarga merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina.

“Kami mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini dan semoga keadilan dapat ditegakkan dengan sebaik-baiknya buat arwah,” katanya.

Apa-apapun kita sebagai netizen hentikanlah berspekulasi, biar pihak yang berwajib lakukan tugas mereka dalam menyiasat kes ini. 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.