in

Kes T*mbak Dalam Myvi: ‘Bodyguard’ M*ut, Majikan Parah Ada 15 Rekod Jenayah

kes tembak myvi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, dilaporkan berlaku satu kejadian tembak dari dalam sebuah kereta di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson.

Menerusi video yang tersebar, kelihatan seorang lelaki dalam keadaan terkulai di tempat duduk pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih, manakala seorang lagi lelaki mengalami kecederaan pada tangan.


Seorang maut, seorang lagi cedera parah

Dalam perkembangan terbaharu, salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia selepas hampir lima jam dirawat di hospital.

Artikel berkaitan: Tular Video Kes Temb*kan Didakwa Di Klang, Kali Ini Pada Waktu Siang

Artikel berkaitan: Tembakan Di Stesen Minyak, Lelaki Parah Ditemb*k Di Perut & Dada

3367123

Menurut kenyataan polis, pada awalnya kedua-dua lelaki warga tempatan itu parah selepas dikatakan ditembak di dalam kereta sebelum dikejarkan ke hospital oleh orang awam.

Bagaimanapun, salah seorang daripada mangsa yang berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, mangsa pertama yang meninggal dunia dipercayai pengawal peribadi kepada mangsa kedua dan hasil semakan mendapati lelaki yang parah itu mempunyai 15 rekod jenayah.

Sementara itu, kenderaan Perodua Myvi yang dinaiki kedua-dua mangsa terdapat beberapa kesan tembakan.

“Berdasarkan siasatan, tembakan itu dipercayai dilakukan dua suspek bermotosikal yang identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.