in

“Kes terbaru libatkan rakyat Malaysia” -[TERKINI] Lelaki 41 Tahun Berasal Dari Selangor Disahkan Positif Coronavirus

Featured Image Kkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih hangat lagi diperkatakan mengenai wabak yang menyerang warga China yang lebih dikenali sebagai Novel Corona Virus.

Sehingga kini, lebih 400 individu maut setelah disahkan positif wabak corona virus tersebut.


Nvc
Gambar hiasan

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan bahawa pertambahan lagi dua kes novel coronavirus.

Terkini, seorang rakyat Malaysia berusia 41 tahun berasal dari Selangor disahkan positif jangkitan coronavirus.

Menurut kenyataaan KKM lelaki itu mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran, Singapura dari 16 hingga 23 Januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China.

Dia telah pulang ke Malaysia pada 23 Januari 2020. Pada 29 Januari 2020, dia telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kerana demam dan batuk.

Kemudian dia telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari 2020 dan dimasukkan ke wad isolasi.

Lelaki itu telah disahkan positif 2019-nCoV pada 3 Februari 2020 dan kini berada dalam keadaan stabil.

KKM telah berhubung dengan Kementerian Kesihatan negara jiran tersebut dan mereka mengesahkan bahawa aktiviti contact tracing telah dimulakan.

KKM sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan negara jiran yang terlibat bagi mengenalpasti sumber jangkitan berlaku.

Kkm
Sumber: laman kkm

Bukan itu sahaja, kes baharu yang lagi satu adalah melibatkan seorang lelaki warganegara China berumur 63 tahun yang berasal dari Wuhan, China dan tiba di KLIA pada 18 Januari 2020.

Images 1
Gambar hiasan

Lelaki itu mula mengalami demam ringan pada 23 Januari 2020 dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Kes telah dimaklumkan kepada KKM dan dia telah diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan (home surveillance) untuk tempoh 14 hari.

Pesakit kini berada dalam wad isolasi dan dalam keadaan stabil.

Semoga kita dihindarkan daripada sebarang penyakit berbahaya ini.

 

Baca: “Doakan kami” – Doktor Sg Buloh Minta Doa Keselamatan Staff Kesihatan Rawat Pesakit Coronavirus Dari Wuhan

Tfcgvbn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.