in

Kes Tangmo: Pemandu & Pemilik Bot Mengaku Bersalah, Berdepan Hukuman Denda & Khidmat Komuniti

Tangmo Pemilik Pemandu Bot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun lalu, media sosial dikejutkan dengan berita kematian penuh misteri pelakon wanita Thailand, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong.

Menurut laporan Astro AWANI, dua defendan kes tersebut iaitu pemilik bot laju Tanupat “Por” Lerttaweewit telah mengaku bersalah atas tuduhan cuai hingga menyebabkan kematian pelakon itu.


Manakala Phaiboon “Robert” Trikanjananun mengaku bersalah mengendalikan bot itu tanpa lesen.

Difahamkan, Tanupat dijatuhi hukuman penjara lima tahun lapan bulan serta denda 128,000 baht (RM17,000), pun begitu hukuman penjaranya dikurangkan kepada dua tahun sembilan bulan, hukuman digantung tiga tahun dan denda dikurangkan kepada 64,000 baht (RM8,500).

 

Ahr0Chm6Ly9Zlmlzyw5Vb2Suy29Tl25Zlzavdwqvmtcwnc84Ntizota2Lze0Lmpwzw

Sementara itu, Phaiboon pula dikenakan hukuman penjara empat tahun empat bulan dan denda 108,000 baht (RM14 000)

Hukuman penjaranya bagaimanapun dikurangkan kepada dua tahun dua bulan, dengan hukuman digantung tiga tahun, dan denda dikurangkan kepada 54,000 baht (RM7,100)

Kedua-dua mereka tidak akan menjalani hukuman penjara namun diarahkan untuk menjalani khidmat komuniti.

Sebagai info, Tangmo yang berusia 37 tahun terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya ketika menaiki bot laju berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang, Nonthaburi pada malam 24 Feb tahun lepas dan mayatnya ditemui dua hari kemudian.

Baca: Isu Status FB Tangmo, Ibu Dedah Ada Beri Handphone Mendiang Ke Lelaki Di US?

Ft Ibu Tangmo Bang Jack

Sumber: Thai PBS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.