in

Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram, KPN Sahkan Suspek Merupakan Anggota JI

Suspek Anggota Ji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Balai Polis Ulu Tiram, Johor digemparkan dengan serangan berdarah pada awal pagi tadi, mengakibatkan dua anggota polis terkorban dan seorang cedera.

Terbaharu, suspek yang turut maut dalam insiden tersebut, dipercayai mempunyai kaitan dengan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).


Menurut kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, suspek yang berusia 34 tahun itu dikatakan sudah bersedia untuk bertempur dengan polis ketika kejadian berlaku.

Artikel berkaitan: [TERKINI] 2 Anggota Maut, Seorang Cedera Parah Diserang Lelaki Bertopeng Ceroboh Masuk Balai Polis Ulu Tiram

Susulan kejadian itu, polis telah menyerbu rumah keluarga lelaki berkenaan di Ulu Tiram dan pemeriksaan mendapati ada beberapa maklumat berkait kumpulan JI di kediaman berkenaan.

Img 6351

“Kesemua lima ahli keluarga suspek yang dipercayai anggota serpihan JI ditahan untuk siasatan lanjut. Mereka berusia antara 15 tahun hingga 62 tahun

“Rumah suspek turut mempunyai beberapa info berkenaan kumpulan JI selain banyak ayat al-Quran yang ditampal di dinding,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Polis tahan 2 pelajar IPT

Sementara itu, sebelum kejadian, dua orang pelajar telah datang ke balai berkaitan kononnya untuk mendapat pandangan dicabul dua tahun lalu.

“Apabila lelaki dan wanita usia 21 dan 22 tahun sedang buat laporan, suspek masuk dengan motosikal dan parkir di belakang. Anggota yang periksa telah ditetak.

“Dua pengadu yang datang itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana agak janggal mereka datang pada jam 2 pagi untuk hanya mendapatkan pandangan kes cabul dua tahun lepas.” kata Ketua Polis Negara.

Menurut laporan, kira-kira 20 anggota JI sudah dikenal pasti polis dan tindakan susulan sedang segera dilakukan.

Sumber: Harian Metro, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.