in

Kes R*gol Pembantu Rumah: Bekas ADUN Tronoh Diheret Ke Penjara Serta-merta, Terima 2 Sebatan

adun tronoh ke penjara rogol pembantu rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong diperintah jalani hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan selepas rayuan terakhirnya ditolak Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Keputusan sebulat suara itu, dibuat panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh selepas menolak rayuan Paul Yong, 55, terhadap sabitan dan hukuman kerana kesalahan merogol pembantu rumahnya, enam tahun lalu.


Sebaik keputusan dibacakan, Paul yang berada di kandang tertuduh kelihatan sugul. Isteri dan anak-anaknya juga tidak dapat menahan rasa sedih sebelum memegang tangan Paul yang kemudian dibawa ke Penjara Kajang serta-merta.

Artikel berkaitan: ADUN Tronoh Didapati Bersalah Rogol Pembantu Rumah

Artikel berkaitan: Amah Minta Bantuan Polis Johor Sebab Didera Majikan, Tapi Kena Rogol Pula

1674215

Rogol pembantu rumah pada Julai 2019

Paul pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 23 Ogos 2019 atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun ketika kejadian.

Serangan itu berlaku di sebuah bilik di rumahnya pada 7 Julai 2019 sekitar jam 8.15 hingga 9.15 malam.

Kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 2020 dan mula dibicarakan pada April 2021. Sebanyak 23 saksi pendakwaan termasuk dua saksi terlindung tampil memberi keterangan.

Pada awalnya, Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed mengenakan hukuman penjara 13 tahun serta dua sebatan terhadap bekas Exco Kerajaan Negeri Perak itu.

Namun, pada 1 Mac 2024, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah tetapi mengurangkan tempoh penjara kepada lapan tahun.

Paul yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Mac 2024, tetapi rayuan terakhirnya ditolak dan hukuman lapan tahun bersama sebatan dikekalkan.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.