in

Kes Pembunuhan Nur Farah Kartini: Penjawat Awam Yang Ditahan Tiba Di Mahkamah

Syaz Ft 2024 07 16T095831.588

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat didakwa Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu.

Terbaru, seorang penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat gadis tersebut, suspek tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini bagi permohonan reman.


Artikel berkaitan: 19 Hari Prebet Syafiq Hilang Di Hutan, Panglima Tentera Darat Tak Nafi Ada Elemen Mistik

Artikel berkaitan: “Kami tak henti cari Hafiz” –  Remaja Hilang Ditemui Meninggal Dunia, Sahabat Tangisi Pemergian Arwah

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan penemuan mayat wanita di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada 6 petang semalam.

“Pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

Susulan penemuan mayat berkenaan polis menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, Nur Farah Kartini dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan selang beberapa hari, dia ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Difahamkan, gadis itu berasal dari Miri, Sarawak dan juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kali terakhir Nur Farah Kartini dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.