in

Kes Pecahkan Kereta Sendiri Ada ‘Plot Twist’, Rupanya Kereta Sambung Bayar Tapi Owner Tak Bayar Di Bank?

Ft Sambung Bayar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular satu video memperlihatkan seorang wanita merosakkan cermin kereta sebelum ianya ditarik kerana dikatakan tidak membuat bayaran bulanan selama hampir 8 bulan di platform media sosial X dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ramai netizen yang anggap tindakan individu tersebut hanya memperbodohkan dirinya kerana membuatkan dia lebih bertambah rugi kerana hutang itu perlu dilangsaikan.


Artikel berkaitan : “Ingat bank rugi ke?” – Netizen Anggap Tindakan Wanita Jahanamkan Kereta Sendiri Kurang Bijak

Artikel berkaitan : “Saya mmg takde duit, susah sangat-sangat” – Rupanya Ini Kisah Sebenar Pasal Ejen Tarik Kereta Dengan Akak Honda 5 Bulan

Bagaimanapun, ada plot twist yang mengatakan bahawa kereta tersebut sebenarnya adalah kereta ‘sambung bayar’ dan difahamkan wanita tersebut membayar bulanan kepada pemilik sebenar kereta itu tetapi pemilik asal culas membayarnya di bank. Disebabkan itu, tanggapan netizen terus berubah dengan menyokong tindakannya itu.

Malah menerusi ruangan komen ramai netizen yang terbuka mata mengenai isu ini agar tidak sewenang-wenangnya mengambil kereta sambung bayar yang kini banyak diiklankan di media sosial.

Sambung Bayar 3 Sambung Bayar2 Sambung Bayr

Daripada rasa pelik, terus rasa macam puas hati sebab satu pengajaran hebat buat owner. 

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.