in

Kes Khianat Rosakkan Palang: Awal Ashaari & Pengadu Selesai Kes Luar Mahkamah

awal ashaari kes palang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari menarik nafas lega selepas kes melibatkan tuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar kawasan kediamannya sejak April tahun lalu akhirnya selesai.

Memetik laporan mStar, keputusan itu dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas kesemua tuduhan ditarik balik oleh pengadu.


Awal meluahkan rasa syukur kerana kes itu berjaya diselesaikan secara baik antara pihak terlibat di luar mahkamah.

Artikel berkaitan: Awal Ashaari Dihadapkan Ke Mahkamah, Didakwa Buat Khianat Rosakkan Palang Pagar

Artikel berkaitan: “Alih palang pakai tangan je” – Awal Buka Mulut Kes ‘Khianat’, Rupanya Sebab Tak Bayar Yuran Pengurusan…

“Alhamdulillah, hari yang baik buat kami semua, setelah sekian lama. Kes saya selesai kerana pertuduhan terhadap saya telah ditarik balik di mahkamah pagi ini,” kongsinya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Mengulas lanjut, Awal memberitahu dia bertindak bersemuka dengan pihak pengurusan kawasan perumahan tersebut baru-baru ini bagi menyelesaikan kes di luar mahkamah termasuklah mengakui kesilapan masing-masing.

“Saya sedar atas kesilapan yang berlaku dan semua pihak juga mengaku kesalahan masing-masing. Mungkin semasa kejadian itu kesabaran saya diuji ketika bulan Ramadan,” ujarnya.

Difahamkan, tiada kerugian berlaku antara kedua-dua pihak memandangkan segala kerugian ditanggung oleh syarikat insurans.

Sebelum ini, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan terbabit.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan perbuatan itu di kediamannya yang terletak di Damansara dengan nilai kerugian dianggar RM600 pada 16 April tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang setahun atau tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.