in

Kes Ebit Lew: Saksi Ke-9 Dedah Rasa Berdosa, Layan Pendakwah Belakang Suami

Ft Uel Pengadu Ke 9

Hari ini, seorang lagi pengadu untuk kes Ebit Lew membuat pendedahan di Mahkamah Majistret Tenom dengan menjelaskan bahawa dia ada hantar mesej kepada pendakwah terkenal itu menerusi Instagram.

Pengadu yang juga merupakan saksi kesembilan dalam pemeriksaan utama yang dikenalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Analia Kamaruddin itu mendedahkan segala kandungan mesej yang telah dihantar oleh Ebit Lew pada tarikh 14 April 2021 dekat Instagram.

Artikel berkaitan : Pengadu Menangis, Dedah Ebit Lew Ajak Buat Hubungan Intim Tukar Pasangan

Artikel berkaitan : 17 Gambar Kemaluan Lelaki Dalam Telefon Ebit Lew Tak Dikenal Pasti Milik Siapa – Saksi

Memetik laporan Sinar Harian, pendedahan itu dibuat susulan daripada tangkap layar gambar mesej dari aplikasi WhatsApp yang dibaca satu persatu dan diminta untuk menjelaskan maksud mesejnya ‘maaf saya sibuk’ dan ‘sudah mesej di IG’.

Antara kandungan mesej yang pengadu berikan kepada Ebit Lew ialah si pengadu tidak mahu lagi hubungi Ebit Lew tetapi tidak berasa senang hati kerana rasa berdosa dengan perbuatannya.

Berdosa sangat pada suami sebab di belakang dia saya layan ustaz, sedihnya. Dulu tengok ustaz, mesti panggil suami tengok sama-sama, abang ikutlah macam ustaz Ebit.”

“Sekarang sudah kosong, kadang tengok terbayang yang bukan-bukan. Pernah tengok beronani, memang menangis dan tidak senang hati.” 

Jelasnya, Ebit Lew tidak meminta maaf kepadanya kerana melakukan perkara tersebut.

“Mesej ini cuma nak cakap je, langsung tidak minta maaf dengan saya, sebab pernah buat yang tidak sepatutnya dengan saya, paksa saya bagi gambar macam-macam. Bodohnya saya ikut.”

“Yang saya tidak sangka kenapa ustaz, saya pujuk juga hati tengok semua video, tidak apa. Ustaz orang baik tolong orang. Tapi bila dengar ceramah ka apa, memang tidak sangka sangat dah buat macam itu dengan saya.

Screenshot 2024 02 15 163637

“Entahlah mungkin pasal saya perempuan dan tidak biasa buat macam itu jadi saya teringat-ingat dan tidak senang hati rasa sangat berdosa.”

“Yang sangat sedihnya, dah bawa saya buat macam itu terus buat tidak tahu je. Tidak apa kalau minta maaf dan kita dengan haluan masing-masing.”

“Saya kalau ikut sudah tidak mahu langsung mesej atau WhatsApp sebab nak elak benda yang tidak baik itu tapi nak juga luah. Nasib saya lah kan. Dapat simpan benda aib ini. Kalau orang mungkin sudah viralkan, tapi tak apa saya masih fikir lagi ustaz ini orang kenal.”

 

Jelas pengadu itu lagi, dia meneruskan bacaannya bahawa jika pendakwah itu ada minta maaf dengannya, ia mungkin tidak akan membawa kepada anggapan yang buruk.

“Tahu tak, saya rasa sangat-sangat menyesal. Kenapalah layan, kenapa kita berhubung, berWhatsApp semua. Kalau dulu idola saja, suka tengok buat kerja itu ini.

“Sekarang kalau boleh tidak mahu tengok, sedih. Kenapa idola itu bawa jadi pendosa.”

Pengadu sebelum itu diarahkan untuk menunjukkan isi kandungan dalam telefonnya kepada pihak mahkamah yang terdiri daripada barisan peguam dan termasuklah tertuduh berkenaan mesej perbualan di dalam Instagram bersama seorang pemilik akaun ‘ebitlew’.

Pengadu dalam pada itu turut membaca salah satu gambar tangkap layar yang memaklumkan bahawa dia sempat mendapatkan tangkap layar termasuk wajah pendakwah tersebut.

“Tiada maknanya ustaz. Syukur saya sempat ‘screenshot’ semua gambar termasuk yang ada muka ustaz. Entahlah, saya tidak juga jahat, tapi sebab cara ustaz buat orang sakit hati, buat macam saya ini pelacur.”

“Tidak apalah supaya jadikan pengajaran, tidak nampak baik kat depan je. Kalau ikut suami memang tidak. Tapi cara ustaz ini sakitkan hati orang.”

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang membawa maksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan

Perbicaraan dikendalikan oleh Nor Azizah Mohamad dan Analia sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Ebit Lew diwakili oleh Datuk Ram Singh dan Timothy Daut manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Sumber : Sinar Harian