in

Kes Dera Budak 7 Tahun: ‘Tomboy’ Dakwa Mangsa Degil, Kerap Marah Sebab Mahu Mengajar

kes dera budak pasir gudang

Kecoh diperkatakan beberapa hari lalu berkenaan kes dera melibatkan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor yang mengalami kecederaan teruk di belakang badannya hingga melepuh dan ‘berlubang’.

Atas keprihatinan jiran di taman perumahan tersebut, mangsa berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa dera ibu kandung dan rakan perempuan yang berperwatakan seperti lelaki.

Jiran sering dengar mangsa menangis dimarahi setiap hari 

Menurut Harian Metro, jiran mangsa, Wan Noor Badri Wan Yahya, 38, berkata, mereka pada asalnya berbincang untuk mendapatkan jawapan tentang apa yang sebenarnya berlaku kerana sering mendengar tangisan mangsa hampir sebulan yang lalu akibat dimarahi setiap hari.

Namun jiran di kawasan itu ternyata terkejut melihat kanak-kanak berusia 7 tahun itu berada di dalam keadaan menyayat hati sebaik rumah mangsa diserbu pada jam kira-kira 12 tengah malam.

51691912678 TBMangsadera

“Sejak kanak-kanak itu bersama ibunya dan kenalan yang kami sangkakan ‘suami’ wanita itu berpindah menyewa di rumah berkenaan April lalu, kanak-kanak itu selalu ditinggalkan berseorangan di rumah ketika dua wanita itu pergi kerja yang difahamkan di Singapura.

“Kanak-kanak itu dilihat hanya dibenarkan bermain dalam kawasan pagar rumahnya, sehinggalah pada akhir Jun lalu, kanak-kanak itu terlepas bermain sehingga ke luar kawasan perumahan.

“Sejak itu, kami sering mendengar kanak-kanak itu dimarahi, dipukul dan dimaki hamun. Namun, sejak dua minggu lalu, keadaan semakin teruk kerana kadang-kadang anak itu menangis sehingga tidak bersuara dan ada yang pernah nampak dia dipukul menggunakan rotan,” katanya.

Dakwanya lagi, keluarga mangsa juga tidak bercampur dengan jiran di taman perumahan tersebut.

Tomboy berlagak seperti lelaki, marah budak sebab degil 

Ketika rumah diserbu, jiran tersebut juga mendakwa, ‘tomboy’ yang didakwa mendera kanak-kanak tersebut masih berlagak dirinya seorang lelaki dan memaklumkan dia memarahi mangsa yang dikenali sebagai Iman kerana itu caranya mengajar anak.

Namun tomboy itu warga asing itu meminta maaf dan memberitahu dia memarahi Iman kerana kanak-kanak itu degil,” katanya.

Seorang lagi jiran, Firdaus Abu Hassan, 30, pula berkata, sebagai jiran dia bersyukur mereka dapat menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada terus menjadi mangsa dera.

0813rsdera 1691913571

Kalau lihat keadaan mangsa, penuh kecederaan di seluruh badan termasuk kaki dan tangan. Bayangkan kalau kita sebagai jiran tidak bertindak awal kami akan terkilan,” katanya.

Penduduk di kawasan itu juga berkata, jiran di kawasan perumahan berkenaan sememangnya rapat dan mereka sentiasa mengambil maklum akan perihal kejiranan kawasan itu melalui aplikasi WhatsApp.

Susulan kes yang tular, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ibu kepada kanak-kanak itu yang berusia 27 tahun telah direman selama enam hari, manakala kenalannya yang berusia 30 tahun yang juga warga asing direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Semoga kanak-kanak ini selamat dan mendapat keadilan yang sewajarnya. 

Baca: “Nasib baik ada jiran” – Belakang Badan ‘Berlubang’, Kanak-kanak Lelaki Dipercayai Didera Ibu & Kawan Pengkid

f1 budak didera di pasir gudang

Sumber: Astro AWANI