in

Kes Anak Dilangg*r Pemandu Van: Ibu Dah Maafkan Tapi Tekad Nak Ambil Tindakan

ft pemandu van sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati seorang ibu luluh melihat keadaan badan anaknya yang baru berusia 6 tahun mengalami kecederaan akibat dilanggar oleh van sekolah ketika dihantar ke rumah pengasuh di Taman Mantau Indah, Seremban pada Isnin lalu.

Siti Zarina Abd Zarim, 39 berkata, anaknya kini sedang menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur dan baru selesai menjalani pembedahan pada bahagian kepala.


Artikel berkaitan : “Mungkin dia nak keluar tapi” – Kes Budak Maut Tertinggal Dalam Van Sekolah, Bapa Mahu Keadilan Buat Anak

Artikel berkaitan : “Menangis tiap kali melihat gambar” – Abang Trauma Adik 5 Tahun Maut Dilanggar Van Sekolah

Screenshot 2025 08 08 145918

“Anak saya alami luka pada muka, kepala, kaki, tangan dan bahagian belakang badan. Saya masih lagi terkejut dengan kejadian berlaku dan tidak pasti sangat mengenai tahap kecederaannya, tapi bersyukur kerana dia berada dalam keadaan sedar.”

Menurutnya, dia menerima berita tentang kejadian terbabit selepas dihubungi oleh pengasuh anaknya kira-kira jam 12 tengah hari pada hari kejadian. Waktu itu, dia dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta terus bergegas pulang.

“Pengasuh anak hubungi dan maklumkan anak saya dilanggar van sekolah yang hantarnya pulang. Saya kemudian terus bergegas ke rumah pengasuh, tapi bila sampai anak saya telah pun dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan apabila sampai di wad kecemasan, luluh hati saya tengok banyak luka pada badannya.”

Screenshot 2025 08 08 145937

Dalam pada itu, ibu kepada 3 orang anak ini berkata, dia telah menggunakan perkhidmatan van sekolah tersebut sejak anak sulungnya berusia 7 tahun dan kecuaian ini pertama kali berlaku.

“Pemandu van telah berjumpa saya dan memohon maaf atas kejadian berlaku. Saya maafkan dia, tapi mestilah saya akan ambil tindakan atas apa yang terjadi pada anak supaya dapat memberi pengajaran bukan saja kepada pemandu van sekolah anak tapi orang lain juga.”

Dalam pada itu, bapa saudara kepada kanak-kanak itu, Inspektor Mohamad Nor Nidzam Mohamad Zin berkata, keluarga mangsa mahu polis melakukan siasatan secara telus bagi memberikan keadilan buat mangsa.

“Kejadian ini dirakam kamera litar tertutup (CCTV), pihak polis boleh semaknya. Kami mahukan keadilan dan bukannya sekadar mengambil tindakan saman terhadap pemandu van.”

Sebelum ini, sumber melaporkan bahawa seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dilanggar oleh van sekolah yang menurunkannya di hadapan rumah pengasuh Taman Mantau Indah 3.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.