in

“Kerusi tu macam dalam gereja” – MV Terbaharu Siti Nurhaliza Cetus Perbualan Ramai

Mv Terbaharu Siti Nurhaliza Gereja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial TikTok mengenai satu babak dalam sebuah muzik video terbaharu yang dinyanyikan oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi video yang dimuat naik itu, menunjukkan TokTi sedang duduk bersama beberapa penari latar. Bagaimanapun, lokasi yang dipaparkan itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.


Katanya, sekali pandang, lokasi terbabit tampak seperti di sebuah gereja kerana rekaan kerusi di situ.

@ghazimaslan

Shooting di International Institute ISLAMIC Thought and Civilization (ISTAC) Dari set music video Magis by Siti Nurhaliza 🎥 #magis #sitinurhaliza #musicvideo #shallowmalaysiandiruangancomment

♬ original sound – Ghazimaslan – Ghazimaslan

Bagaimanapun, pengguna akaun terbabit menyatakan lokasi penggambaran muzik video itu sebenarnya dirakam di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di IIUM.

Artikel berkaitan: “Institut keilmuan tapi…” – ISTAC-IIUM Raih Bualan Netizen Sebab Jadi Lokasi Majlis Kahwin?

Artikel berkaitan: “Sambil senyum je dia perli” – Tok Ti Selamba Respon Pasal Isu ‘Tak ada Job’ Masa Sesi Live

Ya, ia bukanlah sebuah gereja seperti yang disangka ramai kerana seni bina institut itu tercipta daripada hasil inspirasi binaan Andalusia-Morocco dan ia merupakan pusat pemikiran mengkaji peradaban Islam di Malaysia.

Rata-rata netizen menyatakan mereka agak terkejut apabila menyangkakan lokasi muzik video itu dibuat dalam sebuah gereja.

Screenshot 2024 10 11 122225 Screenshot 2024 10 11 122241

Sebelum ini, seni bina di ISTAC pernah mencetuskan perdebatan netizen kerana tidak ramai yang mengetahui mengenai institut tersebut.

Sekadar info, muzik video itu adalah untuk lagu baharu Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Magis yang merupakan salah satu terbitan album Sitism.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.