in

Kerja Separuh Jalan! Kenali 4 Menara Pencakar Langit Yang Kini Tersadai & Terbengkalai

Ft Building 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembinaan menara pencakar langit seringkali dianggap sebagai satu kebanggaan buat banyak negara kerana ia bukan sahaja melambangkan kekuasaan malah merujuk kepada kestabilan ekonomi negara tersebut.

Setakat ini sahaja Malaysia sudah mempunyai dua menara pencakar langit iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur. Tidak berhenti disitu, kini Malaysia dalam proses menyiapkan menara Merdeka 118, yang dikatakan bakal menjadi menara kedua tertinggi di dunia.


Tapi korang tahu tak, pembinaan menara pencakar langit yang menelan masa yang lama turut menanggung kos terbengkalai yang sangat tinggi. Sekiranya modal pembinaan tidak dapat disalurkan, maka pembinaan bangunan ini akan dibiarkan terbengkalai.

Kalau korang nak tahu, terdapat beberapa menara pencakar langit di seluruh dunia yang akhirnya dibiarkan ‘tersadai’ disebabkan oleh beberapa faktor. Hari ini min akan kongsikan senarai menara tertinggi dunia yang akhirnya menjadi projek gajah putih.

 

i. The Ryugyong

Terletak di negara Korea Utara, menara The Ryugyong memiliki ketinggian setinggi 1,092 kaki.

Bangunan 105 tingkat ini pada asalnya ditubuhkan untuk menjadi hotel tertinggi di dunia kerana pada tahun 1988, Korea Utara diangkat sebagai tuan rumah Olimpik pada masa itu.

Sebagai persediaan, diktator Korea Utara, Kim Il-Sung yang sangat gembira bercadang untuk menubuhkan hotel tersebut.

 

Capture 10

Bagi menjayakan impiannya itu, beliau turut meminjam wang dari rakan sejawatnya di Moscow.

Pembinaannya yang bermula pada tahun 1987 bagaimanapun mengalami masalah apabila Kesatuan Soviet mengalami kejatuhan pada tahun 1991.

Kesannya bahagian luar bangunan berbentuk piramid itu berjaya disiapkan, namun bahagian dalamnya dibiar terbengkalai.

Namun pada 2008 bangunan ini diambil alih oleh kontraktor daripada Mesir untuk dilakukan kerja-kerja membaik pulih.

Capture 1 5

Setakat ini Hotel of Doom ini hanya digunakan sebagai tempat untuk menyebarkan propaganda dengan menggunakan lampu LED selain tempat pemancaran bunga api.

 

ii. Torre David

Terletak di Venezuela, bangunan Torre David ini dibayangkan bakal menjadi antara menara pencakar langit dunia yang bakal menempatkan kompleks pejabat di daerah Caracas.

Memiliki ketinggian setinggi 623 kaki, bangunan 45 tingkat ini hanya sempat diusahakan selama 4 tahun sahaja setelah diberhentikan prosesnya pada tahun 1994.

 

Capture 3 4

Kematian peneraju bank itu, David Brillembourg, ditambah pula dengan krisis perbankan Venezuela menjadi faktor pembinaan itu terbengkalai.

Pada asalnya Torre David dianggap sebagai simbol kejayaan buat Venezuela namun akhirnya kini bangunan tersebut menjadi penempatan setinggan buat lebih dari 5000 penduduk.

Bagus juga tu, daripada terbiar je. Dekat sini tak ada yang nak buat ke?

Capture 2 4

 

iii. Menara Sathorn Unique

Siapa sangka negara jiran Malaysia turut mengalami masalah yang sama.

Ketika negara dunia berlumba-lumba menubuhkan menara pencakar langit, Thailand ingin menyertai ‘perlumbaan’ tersebut dengan memperkenalkan Menara Sathorn Unique.

Capture 4 3

Dengan ketinggian 607 kaki, menara 49 tingkat ini akhirnya ‘tewas’ pada tahun 1997.

Lebih dikenali dengan kisah-kisah mistik selepas diabaikan, siapa sangka kegagalan pembinaan menara ini menyebabkan nilai mata wang Thailand jatuh lebih teruk berbanding Mark Jerman selepas tamatnya Perang Dunia Pertama.

Capture 5 1 1

 

iv. Menara Plaza

Menara ketiga tertinggi di New Orleans ini pernah dianggap sebagai city skyline selepas ia siap dibina pada tahun 1969.

Dengan ketinggian setinggi 531 kaki, menara 45 tingkat ini menjadi satu pemandangan yang gah di bandar itu sebelum operasinya ditamatkan pada 2002.

Capture 6 1

Mesti pelik kan kenapa selepas 33 tahun baru terbengkalai?

Sebenarnya menara gah ini ‘diruntuhkan’ oleh masalah persekitaran yang dialaminya.

Penggunakan atap asbestos dan kulat menjadi antara faktor bangunan ini tidak lagi dapat digunakan. Siapa sangkakan bangunan sebesar itu akhirnya kalah dengan sekecil-kecil kulat.

Jadi korang jangan ingat pembinaan menara tertinggi dunia ni boleh kekal lama, sebab tiada siapa yang dapat jangka apa yang akan berlaku di masa hadapan…

Sumber :

The Insider

Medium

Nola

Baca : Lebih 50 Peratus Kuala Lumpur Tenggelam, Ini 5 Tragedi Yang Menjadi Titik Hitam Dalam Sejarah Negara

Capture 10 3

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.