in

Kereta Hilux Baling Besi Kena Kereta Polis Sehingga Sebabkan Kemalangan

Untitled design 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular sebuah video dashcam yang memaparkan satu kereta peronda polis (MPV) sedang mengejar sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian di kilometer (KM) 215 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Taiping itu telah menyebabkan dua anggota polis cedera selepas terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada tindakan pemandu Toyota Hilux itu.


Artikel berkaitan: Polis Sahkan Lelaki Dipukul Hingga Maut Positif Dadah, Ada 10 Rekod Bahan Terlarang

Artikel berkaitan: “Apa nak jadi lah” –  Warga Emas Dipukul Sekumpulan Lelaki Selepas Terlibat Kemalangan

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, kereta peronda polis itu telah menerima arahan daripada pusat kawalan daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping bagi memberi bantuan kepada lima lagi kereta peronda MPV polis dari IPD Ipoh dalam usaha menahan kenderaan suspek.

Difahamkan, kenderaan MPV yang dipandu polis berpangkat koperal dan lans koperal itu telah memberi amaran untuk berhenti kepada pemandu Toyota Hilux berkenaan dengan menggunakan pembesar suara sebanyak tiga kali.

Namun pemandu kereta pacuan empat roda itu tidak mengendahkan arahan pihak polis sebelum bertindak melemparkan besi tersebut.

Besi itu kemudiannya mengenai bahagian bawah kenderaan polis itu dan mengakibatkan ianya hilang kawalan lalu berpusing-pusing sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan mengenai kejadian itu dan suspek yang dikejar itu difahamkan telah lolos.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.