in

Kerani IPD Didenda Sebab Mengamuk & Tinggikan Suara Terhadap Ketua Polis Perak

ft polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kakitangan awam telah didenda sebanyak RM500 oleh Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah kerana berkelakuan tidak senonoh dengan meninggikan suara terhadap Ketua Polis Perak pada Mei lalu.

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan telah memerintahkan tertuduh yang dikenali sebagai Abang Fikri Abang Mohd Tawfik, 37 untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari jika gagal membayar denda itu.


Artikel berkaitan : Lelaki M*ut Dalam Perjalanan Tuntut Telefon Selepas Diperas Ugut, 2 Anggota Polis Ditahan

Artikel berkaitan : Dipaksa Melakukan S*ks, Anggota Polis Ditahan Cuba Cab*l & Ugut Pelajar Wanita

Kerani polis tengking ‘Big Boss’

Tertuduh yang bertugas sebagai kerani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dikatakan telah melakukan kesalahan tersebut di dalam Pejabat Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak jam 1.30 tengah hari pada 26 Mei 2025.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 90 Akta Polis yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Nishaalini manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), G Harbhajan Singh.

Screenshot 2025 09 23 162509

Berdasarkan fakta, Abang Fikri telah datang ke IPK Perak untuk berjumpa dengan Ketua Polis Perak bagi mengetahui status kertas siasatan tatatertib yang dibuka terhadapnya pada tahun 2017 lalu.

Dia masuk ke Pejabat Ketua Polis Perak dengan melulu sebelum mengamuk dan tinggikan suara kepada Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin. Laporan polis telah dibuat terhadap tertuduh dan tangkapan telah dilakukan pada hari yang sama.

Sumber : Sinar Harian, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.