in

Kenyataan Sentuh 3R, Muhyiddin Yassin Dakwa Ada Pihak Putar Belit Ucapan

syaz ft 2024 08 21T153330.664

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah video memaparkan bekas Perdana Menteri (PM) Malaysia, Muhyiddin Yassin berkempen ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri lalu di mana beliau dikatakan telah menyentuh isu kaum, agama, raja (3R).

Kenyataannya itu juga membuatkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal murka dengan kenyataan bekas PM itu.


Artikel berkaitan: Sentuh Isu 3R Ketika Berkempen, Muhyiddin Yassin Akan Disiasat Bukit Aman

Artikel berkaitan: Bungkusan Kecil Berbalut Benang Disyaki Buhul Sihir, Ditemui Atas Pusara Bapa Muhyiddin Yassin

Terbaru, bekas PM yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan sekali lagi bahawa beliau sama sekali tidak mempunyai niat untuk menghina institusi Diraja seperti yang didakwa.

Muhyiddin 2048x1365 1

Beliau berkata ucapannya itu merupakan fakta-fakta mengenai penubuhan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) secara sepintas lalu.

“Dalam kenyataan saya kepada pihak polis pada hari ini, saya telah menjelaskan tuduhan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan berniat jahat.

Saya hanya menyatakan fakta mengenai 115 Akuan Berkanun Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15.

Tidak ada sepatah pun dalam ucapan saya yang menghina raja atau mempertikai keputusan Yang Di-Pertuan Agong pada masa itu,” katanya.

Menurut laporan Kosmo!, Muhyiddin diambil keterangan hampir sejam oleh pegawai polis daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hari ini.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.