Acara Keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam mendapat perhatian ramai netizen di media sosial.
Selain daripada cerita kejayaan yang dimenangi oleh atlet negara, Datuk Azizulhasni Awang yang mendapat pingat perak dalam acara Keirin, ‘pacer’ yang bertugas pada acara tersebut juga menjadi bualan netizen. Dah kenapa cakap pasal dia.
“Dah tak ada orang lain ke”
Min tertarik dengan beberapa ciapan daripada pengguna twitter yang mempersoalkan kenapa warga emas menjadi pacer dalam acara akhir Keirin Olimpik Tokyo 2020. Perkara itu juga menarik perhatian pengulas televisyen tempatan,Tuan Zainal Abidin Rawop.
Bagaimanapun, perkongsian seorang pengguna Facebook, Hizandie Shuaib ternyata membuat orang ramai kagum sebaik sahaja mengetahui identiti sebenar warga emas itu.
https://www.facebook.com/700574055/posts/10161315453319056/?d=n
“Itu bukan sembarangan orang tua tau”. Hizandie berkata bahawa ‘orang tua’ tersebut merupakan pemenang pingat gangsa di Olimpik Los Angeles 1984 dalam acara sprint individu.
Warga emas yang dikenali sebagai Sakamoto Tsutomu itu diberi penghormatan untuk menjadi ‘pacer’ pada acara akhir Keirin Olimpik Tokyo 2020. Gugur jantung min dengar.
“Sebaya ayah-ayah kita je”
Sakamoto yang berusia 59 tahun itu telah menyambut hari kelahirannya pada 3 Ogos. Beliau diberi penghormatan untuk menjadi ‘pacer’ telah menggunakan e-bike Panasonic yang dicipta khas untuk temasya kali ini.
Sakamoto juga menjadi perhatian netizen kerana dengan usianya, dia masih lagi mampu mengayuh basikal dan menjadi ‘pacer’ untuk acara akhir Keirin di Olimpik Tokyo semalam.
Apa-apa pun,min doakan beliau diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang.
Baca: olimpik tokyo 2020 luahan hati datuk azizulhasni selepas rangkul pingat perak buat ramai tersentuh