in

“Kenapa kakak putih, adik gelap?” – Budak 4 Tahun Rendah Diri Akibat Selalu Ditegur

comel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasaan kanak-kanak tidak sama dengan orang dewasa. Kadang-kadang ada bahasa orang dewasa yang terlalu straight to the point hingga mengguriskan hati anak kecil. Mereka tidak faham maksud sebenar orang dewasa, yang difahamnya hanyalah apa yang ditutur oleh mereka. Jika baik yang mereka katakan, maka baiklah yang mereka faham, begitu juga sebaliknya.

Seperti wanita ini, yang meluahkan perasaannya di media sosial, kerana kritikan-kritikan orang sekeliling sehingga menyebabkan anaknya mula rasa rendah diri. Alahai kesiannya… 


“Kenapa kakaknya putih, adiknya hitam?”

Menurut Nurulbadiah Lai, setiap kali dia dan anak-anaknya keluar, pasti ada yang menegur tentang warna kulit anak-anaknya yang agak berbeza. Menurut Nurul, warna kulit bagi anaknya, Balqis agak cerah, manakala Alliss agak gelap sedikit.

photo 2018 01 21 12 26 28
Sumber: Facebook

Sering kali terjadi, di mana orang sekeliling menanyakan sama ada mereka berdua adalah adik beradik atau pun bukan.

“Kadang-kadang bila orang tengok saya yang berkulit cerah ni, orang tanya, adik beradik ke? Saya jawab ya adik beradik. Dorang mesti jawab, oh ingatkan bukan sebab adik ni hitam kakak dia putih”

Nurul sememangnya tidak kisah perihal warna kulit anak-anaknya memandangkan dia sangat suka akan warna kulit suaminya yang berwarna hitam manis. Selama dia bersama dengan anak-anaknya, tidak pernah langsung timbul isu membezakan warna kulit anak-anak, tetapi orang luar pula yang sering membezakannya di hadapan mereka sekeluarga.

photo 2018 01 21 12 26 32
Sumber: Facebook

Katanya, baru-baru ini ada terjadi lagi isu sebegini. Seperti biasa, orang sekeliling akan tegur anak-anaknya dan berkata,

“Yang ni ikut emak dia, adik ni gelap sebab ikut ayah dia kot”

“Tak boleh lah adik pakai baju pink macam kakak”

“Nurul suka kalau orang kata anak ikut muka Nurul atau suami, tapi jangan sebut pasal warna kulit sebab satu vibes tak baik untuk anak Nurul,” katanya.

Nurul tidak tahu niat sebenar mereka, sama ada ada niat disebalik kata-kata mereka atau hanya gurauan. Tetapi tidak bagi kanak-kanak.

photo 2018 01 21 12 26 11
Sumber: Facebook

Selepas kejadian itu, anaknya Alliss sudah tidak mahu untuk memakai baju yang berwarna pink. Katanya, dia mahu menjadi putih seperti kakaknya, barulah dia mahu memakai baju yang berwarna merah jambu. Alahai.. 

Apa yang menyedihkan, Alliss turut menanyakan kepada Nurul,

“Kenapa Alliss hitam? Kenapa ibu putih? Kenapa kakak putih?”

Kata Nurul, dari kecil lagi dia mendidik anak-anaknya bahawa setiap orang sama rata, sama cantik dan sama bagus. Niatnya supaya tidak mahu timbulnya rasa rendah diri di antara mereka.

photo 2018 01 21 12 25 59
Sumber: Facebook

“Tapi Alliss baru 4 years. Dah start rasa rendah diri dengan diri dia disebabkan selalu sangat orang compare warna kulit dengan Balqis”

The point is, walaupun orang tak ada niat nak mengata or just suka-suka je cakap macam tu, tapi bila cakap kenapa putih tapi adik hitam, akan memberi gambaran kepada anak-anak Nurul yang warna putih tu baik dan hitam tu kekurangan”

Nurul juga mempersoalkan mengapa ramai yang merasakan bahawa berkulit putih itu lebih cantik dan bagus, manakala bila berkulit gelap itu kurang cantik. Kannn!

Bad mentality.. Sebab mulut orang dewasa, budak-budak pulak yang kena tempiasnya…

Baca: “Sambil kita cuci mata, ada yang curi cahaya mata kita” – Wanita Kongsi Pengalaman Berdepan Dengan Bangla Pedofilia di Tesco

12 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.