in

Kenali Yahya Sinwar, Ketua H*mas Baru Yang Merupakan ‘Mastermind’ Serangan 7 Oktober

Collage 10

Hamas baru-baru ini telah melantik ketua baru Gaza, Yahya Sinwar untuk menjadi ketua politik bagi menggantikan Ismail Haniyeh yang telah dibunuh dalam satu serangan didakwa dari Israel ketika berada di Tehran.

Pengumuman ini dibuat pada hari Selasa lalu ketika ketegangan mula berlaku di Timur Tengah apabila Iran berjanji untuk membalas dendam ke atas kematian Haniyeh di negaranya.

Israel bagaimanapun tidak mengesahkan mahupun menidakkan penglibatannya dalam serangan yang berlaku pada 31 Julai lalu.

Dianggap sebagai mastermind kepada serangan yang dilakukan ke atas Israel pada 7 Oktober lalu, Sinwar kini dikatakan akan membimbing pergerakan ini dari satu lokasi yang dirahsiakan di Gaza

Pemimpin Palestin yang berpangkalan di Gaza ini merupakan musuh utama Israel dan dengan memilih dia untuk menjadi ketua biro politik, Hamas telah menghantar mesej penentangan kepada kerajaan Israel.

Afp 20230414 33D864P V1 Highres Palestinianisraelconflictgaza

Namun begitu, tak diketahui macam mana Sinwar bakal berkomunikasi dengan koperasi Hamas yang lain, menjalani tugasan politiknya dan melihat urusan rundingan gencatan senjata dalam persembunyian.

Manakala Israel pula telah berkata secara terang-terangan niat mereka untuk membunuh Yahya Sinwar. Jom kenali siapa pemimpin terbaru Hamas ini.

Artikel berkaitan: “Lantak kau lah bang” – Berdebat Isu Hamas, Sharnaaz Ahmad Malas ‘Layan’ Azhar Sulaiman

Artikel berkaitan: Terkorban Dalam Serangan Di Iran, Jenazah Ismail Haniyeh Dikebumikan Di Qatar Hari Ini

  • Dilahirkan pada 1962 di Khan Younis, Sinwar sering dilihat sebagai salah satu pegawai tinggi Hamas yang tidak berkompromi. Dia telah ditahan oleh Israel berulang kali pada awal 1980-an atas penglibatannya dalam protes anti-pendudukan di Universiti Islam Gaza.
  • Selepas tamat pengajian, Sinwar telah membantu menubuhkan kumpulan pejuang penentangan terhadap Israel. Kumpulan itu kemudiannya dikenali sebagai Briged Qassam iaitu sayap ketenteraan Hamas.
  • Sinwar kemudiannya menyertai Hamas sebagai salah seorang ketuanya sebaik sahaja kumpulan ini diasaskan oleh Sheikh Ahmed Yassin pada 1987. Pada tahun berikutnya, dia telah ditahan oleh tentera Israel dan diberikan empat hukuman penjara seumur hidup iaitu bersamaan dengan 426 tahun kerana didakwa terlibat dalam penangkapan dan pembunuhan dua tentera Israel dan empat perisik Palestin.
  • Dia telah menghabiskan masa 23 tahun di penjara Israil di mana dia belajar bahasa Hebrew dan tahu selok belok politik Israel. Dia kemudiannya dibebaskan pada 2011 sebagai pertukaran banduan bagi membebaskan tentera Israel Gilad Shalit yang ditangkap oleh Hamas.
  • Selepas pembebasannya, Sinwar telah kembali bersama Hamas dan naik pangkat dengan cepat di mana pada tahun 2012, dia dilantik menjadi biro politik dan ditugaskan untuk menguruskan Briged Qassam.
  • Sinwar telah memegang peranan utama dalam politik dan ketenteraan ketika serangan Israel selama tujuh minggu ke atas Gaza pada tahun 2014. Tahun berikutnya, Amerika Syarikat melabelkan Sinwar sebagai “pengganas global diciptakan khas”.
  • Pada tahun 2017, Sinwar telah menjadi ketua Hamas di Gaza menggantikan Ismail Haniyeh yang dilantik sebagai pengerusi biro politik Hamas.
  • Tak seperti Haniyeh, yang sering travel ke luar negara dan menyampaikan ceramah sehinggan pembunuhannya, Sinwar telah mendiamkan diri sejak 7 Oktober.
  • Dalam satu temubual pada 2021, Sinwar mengatakan yang walaupun Palestin tidak akan melakukan perang kerana kos yang tinggi, tapi mereka tidak akan menyerah kalah.

Sumber: Al-Jazeera