Isu kanak-kanak jadi mangsa jenayah bukan perkara baru kat negara kita. Tapi sejak kebelakangan ni makin menjadi-jadi pulak kes anak-anak kecil dan remaja jadi mangsa rogol atau liwat golongan pedofilia.
Ikutit perkongsian Hafis Shafiq, tentang enam taktik halus digunakan pedofilia sebelum melakukan perbuatan terkutuk kepada mangsa:
Peringkat 1: Menentukan Mangsa
Pemangsa kebiasaannya akan aim dekat kanak-kanak dan remaja yang sedang ada masalah emosi, perhubungan, pengasingan dan rendah keyakinan diri. Remaja yang kurang pengawasan ibu bapa juga jadi target kat golongan ni.
Lepas tu dorang akan gunakan kemudahan siber terutamanya media sosial untuk dijadikan medan mencari dan menentukan mangsa. Tambah-tambah sekarang ni budak-budak kecik pun dah pandai main aplikasi media sosial. So makin ramai lah mangsa yang jadi target dorang.
Peringkat 2: Mendapatkan Kepercayaan Mangsa
Pemangsa ni dia tak terus main terkam je budak tu, tapi dia akan dapatkan dulu kepercayaan dorang. Jadi dorang kumpul dulu maklumat tentang latar belakang mangsa, kenal pasti keperluan dia dan paling penting ialah macam mana nak isi keperluan tu. Bila pemangsa dah jumpa kelemahan dan keperluan mangsa, mudah lah dorang nak pura-pura prihatin dengan masalah mangsa dan acah bertanggungjawab nak penuhi keperluan mangsa.
Dorang akan mula dengan bagi perhatian yang lebih daripada biasa dan terlalu peribadi kat mangsa. Ni termasuklah timbulkan kecurigaan mangsa kat kedua ibu bapa. Bunyi macam simple, tapi ni je dah boleh buat mangsa terpedaya tau! Bila mangsa dah start terpedaya ni, pemangsa akan jadi lagi bersemangat nak cucuk jarum tanpa dedahkan identiti dia yang sebenarnya.
Peringkat 3: Mengisi Keperluan Mangsa
Dari sini pemangsa akan lebih bersungguh nak penuhi keperluan mangsa, beri lebih perhatian, sampailah dia jadi orang yang paling penting dalam hidup mangsa. Lebih teruk lagi, pemangsa tu mungkin akan jadi lebih penting dari ibu bapa mangsa sendiri.
Mangsa akan fikir yang pemangsa ni tak macam ibu bapa dia yang selalu tak ada masa untuk anak. So mengisi keperluan mangsa dengan bagi perhatian yang banyak dan kasih sayang yang melimpah ruah ni jadi macam hadiah paling berharga untuk mangsa.
Peringkat 4: Mengasingkan Mangsa
Bila hubungan istimewa ni dah makin kukuh, mulalah pula proses pengasingan. Pemangsa akan cuba wujudkan situasi di mana dorang boleh bersendirian. Pengasingan ni akan mengukuhkan lagi hubungan istimewa antara pemangsa dengan mangsa.
Asuhan, tunjuk ajar, bimbingan, segala aktiviti khas akan dibuat dalam peringkat ni. Jadi hubungan istimewa ni akan lagi kuat bila pemangsa tanam kepercayaan pada mangsa yang dia lebih disayangi dengan cara lain, yang ibu bapa pun tak dapat berikan.
Peringkat 5: Mengadakan Perhubungan Seksual
Pada stage ni hubungan dah makin rapat, jadi peringkat kebergantungan dan kepercayaan emosional mangsa terhadap pemangsa pun dah mencukupi. Waktu ni lah pemangsa akan semakin berani untuk masukkan unsur-unsur seksual dalam hubungan. Macam mana dia masukkan unsur ni?
Mula-mula hanya dengan bercakap je, lepas tu kongsi gambar, kongsi video, dan makin lama boleh sampai tahap minta mangsa bertelanjang. Waktu tu pemangsa akan eksploitasi rasa ingin tahu semula jadi kanak-kanak dan remaja dengan guna perasaan ransangan ingin tahu yang tertumpu pada aspek perkembangan seksualiti dan fizikal.
Pemangsa akan manipulasi apa yang menarik minat kanak-kanak dan remaja serta memperluas hubungan dorang dengan cara ni. Contohnya macam baru-baru ni ada cerita pasal budak 13 tahun dirogol tu, kononnya dia diajar cara nak besarkan payudara. Lepas tu pemangsa ajak berjumpa untuk nak puaskan nafsu.
Peringkat 6: Mengekalkan Kawalan
Bila penderaan seks atau rogol dah berlaku, pemangsa biasanya akan guna cara memujuk mangsa untuk kekal terlibat dalam perhubungan, berdiam diri atau ugut untuk menyebarkan rakaman gambar atau video mangsa.
Jadi kanak-kanak dan remaja yang sudah sampai peringkat ini dalam perhubungan jadi terikat atau tersepit. Sebarang ugutan yang dorang terima akan berikan kesan psikologikal pada dorang sampai boleh hilang pertimbangan untuk buat keputusan atau ambil tindakan rasional.
Mengakhiri entrinya, Shafiq berpesan supaya ibu bapa lebih menjaga dan melindungi anak-anak daripada ancaman pemangsa dunia siber dengan beri tumpuan, perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kat anak-anak.
Bahaya betul zaman sekarang ni! Sentiasa awasi anak-anak kecil dan jangan terlalu percayakan sesiapa biarpun orang yang rapat dengan kita.
Baca: Nak Beli Ubat Besarkan Payudara, Budak 13 Tahun Dirogol ‘Penjual’