Perlawanan tinju wanita di Olimpik jadi kecoh tentang peninju Algeria, Imani Khelif selepas pesaingnya, peninju dari Itali Angela Carini telah menyerah kalah hanya selepas 46 saat perlawanan.
Angela dikatakan telah patah hidung selepas ditumbuk di muka oleh Imani dan mendakwa bahawa dia tak boleh bersaing dengan peninju tersebut kerana Imani merupakan seorang lelaki.
Sebelum ini, Persatuan Tinju Antarabangsa telah (IBA) membatalkan penyertaan peninju berusia 25 tahun ini untuk menyertai Kejohanan Dunia New Delhi selepas dia gagal dalam ujian jantina.
Namun begitu, IBA tidak menjelaskan kenapa Imane gagal ujian tersebut tapi menjelaskan peninju tersebut tidak membuat pemeriksaan testosteron. Malah, Imani Khelif sendiri tidak pernah memperkenalkan dirinya sebagai seorang transgender. Apa ceritanya ni?
Artikel berkaitan: “Penembak South Korea ‘badass’ betul” – 5 Atlet ‘Hot’ Yang Curi Tumpuan Ramai Di Olimpik 2024
Artikel berkaitan: Kecoh Drama Pergaduhan Atlet Gimnastik US, Ini 5 Permusuhan Dalam Sukan Paling Besar Pernah Berlaku
Siapa Imane Khalif?
Dilahirkan pada 2 Mei 1999, Imani merupakan peninju Algeria yang telah pun bertanding sejak tahun 2018.
Pada tahun 2022, Imani telah berjaya memenangi Kejohanan Afirka dan Mediterrnian dan telah ke pusingan akhir Kejohanan Dunia di Istanbul namun dikalahkan oleh peninju Ireland, Katie Broadhurst dan membawa pulang pingat perak.
Imani telah menyertai Olimpik pertamanya di Tokyo pada tahun 2020 namun tersingkir selepas kalah dalam perlawanan suku akhir dengan peninju Ireland, Kellie Harrington.
Kontroversi Imane Khelif
Walaupun berjaya memasuki pusingan akhir Kejohanan Dunia pada Mac 2023, penyertaan peninju ini telah dibatalkan pada saat akhir atas alasan “masalah kesihatan”. Tapi beberapa minggu selepas itu, didedahkan bahawa Imani disingkirkan kerana ujian dadah mengesahkan yang dia mempunyai tahap testosteron yang tinggi.
Presiden IBA Umar Kremlev mengatakan yang keputusan ini membuktikan bahawa Imani dan beberapa atlet lain tersingkir kerana mempunyai testosreron yang dibawa oleh kromosom lelaki.
Ekoran ini, Persatuan Olimpik Algeria mengatakan yang mereka telah mengutuk serangan tidak beretika ini ke atas Imane Khelif oleh media asing.
Kenapa Imani Kelif dibenarkan untuk lawan selepas gagal ujian jantina?
Kalau korang nak tahu, IBA tidak diiktiraf oleh Olimpik dan perlawanan tinju telah dianjurkan oleh Persatuan Olimpik Antarabangsa yang tegas membenarkan Imani untuk bertanding.
Menurut jurucakap IOC, semua peninju yang bertanding di dalam kategori wanita ini telah menepati syarat kelayakan perlawanan ini dan mereka semua adalah wanita seperti yang tertera di dalam pasport.
Mereka telah bertanding dan terus bertanding dalam pertandingan wanita. Mereka telah kalah dan menang dengan pesaing wanita lain selama ini.”
Imani Khelif dicemuh
Ekoran gagal dalam ujian jantina, ramai yang mengkritik Imani kerana menganggap bahawa dia merupakan seorang lelaki yang telah ubah dirinya menjadi wanita. Perkara ini dirasakan tidak adil dan IOC juga turut dicemuh kerana membenarkan perkara ini berlaku.
Disebabkan ini, gambar Imani ketika zaman kanak-kanak telah tular di media sosial. Gambar tersebut menunjukkan bahawa Imani memang telah lahir dan dibesarkan sebagai perempuan.
Tak cukup dengan itu, seperti Malaysia, Algeria juga tidak mengiktiraf LGBT, justeru itu, sesiapa yang mahu mengubah jantina mereka, negara tersebut tidak benarkan penduduknya untuk tukar secara rasmi dan masih perlu menggunakan jantina asal mereka pada kad pengenalan dan pasport.
Testosteron tinggi dalam wanita
Untuk pengetahuan korang, beberapa masalah kesihatan boleh menyebabkan tahap testosteron dalam wanita menjadi tinggi. Dengan kandungan testosteron yang tinggi dalam seseorang wanita juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bulu badan dan muka berlebihan, botak, jerawat, saiz payu dara mengecil, suara menjadi garau serta peningkatan jisim otot.
Banyak penyakit dan gangguan hormon boleh menyebabkan kadar testosteron dalam wanita meningkat, antaranya seperti hirsutsme, simdrom ovari polikistik, hiperplasia adrenal kongenital.
Kesian pulak…
Sumber: Forbes, Sporting News, Healthline