in

[Video] Kena Tahan Sebab Tinted Gelap Je Tapi Takut Punya Pasal, Lelaki Seret Polis Sampai 100 Meter

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[Video] Kena Tahan Sebab Tinted Gelap Je Tapi Takut Punya Pasal, Lelaki Seret Polis Sampai 100 Meter
Loading
/

Selalunya kalau kena tahan dengan polis, paling-paling pun kita akan merayu supaya polis tak saman kita dan akan ikut je arahan sebab takut nanti jadi benda lain pulak kan?


Untuk lelaki dari Florida ni lain pula, dia dah ditahan lepas video dari kamera badan dan dashcam kereta polis menunjukkan dia telah menyeret seorang polis sampai 100 meter selepas dia disuruh polis untuk berhenti tepi.

Menurut CBS News, pihak polis telah mengeluarkan video ini pada hari Ahad di Facebook. Video ini menunjukkan konfrontasi antara suspek, Rocky Money Rudolph Jr. dan pegawai polis Deputi Aaron Blais.

Ceritanya, pada pagi Sabtu, Aaron hentikan kereta Rudolph kerana cermin tingkapnya yang berwarna gelap. Pada awalnya, ‘perbualan’ mereka bermula dengan mesra bila Aaron memberitahu yang Rudolph mempunyai nama yang paling “best” dia pernah tengok sepanjang 14 tahun dia bekerja.

Namun, mood mereka bertukar beberapa minit kemudian bila pegawai polis ni kata dia bau ganja. Dalam video ni pun korang boleh tengok Rudolph tengah hisap ‘sesuatu’ dan mengatakan itu hanyalah rokok berjenama “black and mild” serta menafikan dia membawa ganja.

Bila Rudolph ditanya sama ada dia mempunya kad perubatan yang membenarkan dia menghisap ganja, dia mengatakan “tidak”

15465424 7199291 Image A 53 1561950584635

Situasi ini menjadi bertambah tegang bila Aaron membuat panggilan bantuan sebelum Rudolph menekan minyak dan menyeret polis ini sejauh 20 meter hingga menyebabkan polis ini memegang seat belt pemandu dari luar tingkap.

Aaron kemudian mengeluarkan pistolnya sambil menjerit menyuruh Rudolph mengangkat tangan. Tindakan polis ini telah menyebabkan Rudolph panik dan cuba untuk lari sambil menyeret pegawai polis tersebut sejauh 100 meter sebelum meninggalkan Aaron terbaring di tepi jalan selepas genggamannya terlepas.

Kalau korang nak tahu, ketika perbalahan ini berlaku, Aaron sempat melepaskan tembakan pada kaki Rudolph. Namun pihak polis percaya, Rudolph cuba untuk mengambil pistol yang disimpan di dalam keretanya sebelum menyeret Aaron.

Seorang saksi mengesahkan yang dia melihat Rudolph cuba membuang pistol yang disimpannya di dalam kereta.

Aaron dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Nasib baik dia hanya mengalami kecederaan ringan je.

Lapan jam selepas kejadian tersebut, Rudolph berjaya dikesan dan ditangkap. Dia kini didakwa atas kesalahan cubaan untuk membunuh.

Situasi yang berlaku ini sangat bahaya. Pegawai kami boleh mati disebabkan kejadian ini.” – Sherif Dennis Lemma

Kalau betul dia tak hisap ganja, kenapa sampai nak takut and lari macamtu kan? Nasib baik polis tu selamat.

 

Baca: Langgar Polis Trafik, Pelajar Dipenjara Tiga Bulan & Lesen Digantung

Screenshot 2019 07 02 At 10.34.04 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.