Sebagai Malaysian, kita memang hidup dalam masyarakat dari pelbagai latar belakang. Dari kecil sampai besar, kita diajar supaya sentiasa menghormati agama, bangsa dan budaya orang lain. Tapi still ada jugak lagi kes yang berunsurkan perkauman. Come on gaiss…
Menurut WORLD OF BUZZ, bagi memastikan kemakmuran semua rakyat Malaysia, kerajaan akan menggubal tiga akta baru iaitu Akta Kebencian Agama dan Kaum, Akta Anti Diskriminasi dan Akta Suruhanjaya Harmoni dan Perdamaian. Memang betul-betul nak banteras masalah racism ni.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata akta itu bagi melindungi semua agama di negara ini. So, sesiapa yang didapati bersalah melakukan provokasi terhadap mana-mana agama dan bangsa boleh dipenjarakan selama 7 tahun dan dikenakan denda sehingga RM100,000. Banyaknya!
Walaupun akta itu belum diluluskan tapi kerajaan bercadang untuk mengusulkannya secara rasmi semasa sesi parlimen pada Oktober 2018. Mujahid menambah, kalau mereka gagal membentangkannya pada tarikh tersebut, beliau akan mengusulkan semula pada Februari tahun hadapan.
Mujahid juga berkata akan memastikan yang undang-undang ni tak boleh disalah gunakan oleh pihak berkuasa. Baguslah!
“Kita akan pastikan definisi yang jelas yang tegas. Kalau individu berterusan cuba merosakkan kemakmuran negara dengan sengaja dan membahayakan orang, bangunan dan lain-lain. Ini dikira sebagai satu kesalahan.”
Selain tu, Mujahid menjelaskan hanya orang yang memulakan perbuatan menghina agama dan bangsa di media sosial atau saluran lain akan dikenakan tindakan dibawah undang-undang ini. Perbuatan yang dilakukan atas dasar melawak semasa perbualan biasa tidak dikira sebagai ‘hate speech’.
“Kalau bergurau semasa perbualan biasa, ia bukanlah satu kesalahan. Contohnya, semasa berbual, ada yang cakap Cina baliklah negara asal kau ataupun kau Melayu!. Saya tak rasa perkara itu perlu dihukum”
Mujahid tak nak undang-undang ini menyebabkan sekatan kepada kebebasan untuk bersuara. Korang kena faham perbezaan dia tau.
Mujahid mengatakan, mereka yang bukan Muslim boleh memberikan pendapat tentang agama Islam. Dia memastikan yang kritikan keras dialu-alukan dan bukanlah merupakan satu kesalahan kalau diberitahu dengan sopan dan beradab. Ini supaya nampak jelas perbezaan antara “pendapat” dan “penghinaan”.
Undang-undang ini diharap dapat mengekalkan keharmonian negara selain dapat menjaga rakyat daripada penghinaan agama dan bangsa.
Apa pendapat korang tentang hal ni? Setuju ke tak?
Baca: Pelajaran Agama Anak Terabai Ke Kalau Hantar Ke Sekolah Cina?